Khamis, Oktober 15, 2009

Majlis Sambutan Idulfitri 1430H UTeM

Majlis Sambutan Idulfitri 1430h peringkat universiti telah diadakan pada 14 Oktober 2009 bersamaan 25 Syawal 1430h bertempat di Perkarangan Dewan Besar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal. Majlis ini bermula pada jam 10.00 pagi turut dihadiri oleh warga UTeM dan juga penduduk setempat. Tuan Yang Terutama Tun Canselor, Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Yaakob, merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM itu turut merakamkan penghargaan di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk daripada Tun semasa sambutan hari jadi Tun yang ke-71, 10 Oktober lalu.

Selepas ucapan Naib Canselor, bacaan doa selamat untuk Tun sekeluarga oleh Pengarah Pusat Islam dan acara memotong kek diadakan. Sebaik selesai acara berkenaan, lawatan ke gerai-gerai dijalankan. Tun Canselor dengan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan UTeM melawat ke gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah seperti sate, mee, nasi ayam, nasi beriani, sup, buah-buahan dan minuman pelbagai jenis.

Tun canselor turut menziarahi Teratak Perpustakaan dan merasai keenakan mee goreng, juadah perpustakaan tahun ini. Pertandingan gerai tercantik juga diadakan bagi menghargai usaha jabatan-jabatan dalam menghiasi gerai masing-masing. Agak mengejutkan juga di mana Teratak Perpustakaan mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan julung-julung kali Perpustakaan UTeM terpilih di dalam pertandingan yang diadakan setiap tahun semasa sambutan hari raya peringkat universiti. Majlis yang disambut secara sederhana ini nampaknya sungguh meriah.

Apa yang menarik ialah kadang-kala sambutan hari raya ini juga merupakan medan staf memperagakan pakaian masing-masing. Gerai yang menyediakan juadah bukan sahaja menyediakan makanan malah turut menjadi studio di mana sesi bergambar acapkali diadakan. Asalkan dapat je. Yang bergambar dengan datin-datin pun ada juga. Kelas juga staf perpustakaan ni. Yelah, dah takde apa nak dibuat....

















































































































































0 ulasan:

Catat Ulasan