Isnin, Oktober 05, 2009

Laporan Konvokesyen UTeM Ke-5 Di Media















DR. Mahathir Mohamad (tiga kanan) dan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (empat kanan) masing-masing menunjukkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi dan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Komuniti pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ke-5 di Dewan Besar UTeM, Durian Tunggal semalam.

Berikut adalah laporan Konvokesyen UTeM Ke-5 di akhbar-akhbar tempatan.

Mingguan Malaysia

Kuasai teknologi bangunkan negara

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

ALOR GAJAH 3 Okt. - Rakyat negara ini digesa menguasai bidang teknologi baru bagi membangunkan negara agar setanding dengan negara maju lain di Asia Tenggara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, paling utama yang perlu ditekankan adalah usaha mencipta teknologi baru supaya lebih praktikal dan sesuai bagi kegunaan masyarakat tempatan.

Menurutnya, usaha menghasilkan teknologi baru itu perlu dilaksana secara berterusan sekali gus mengelakkan pergantungan barangan import.

"Kita perlu cekap dalam teknologi kerana ia menjamin negara mencapai kemajuan yang diinginkan dan mempunyai sikap tertentu dalam mengaplikasi kegunaan teknologi agar ia lebih menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Konvokesyen Kelima Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di kampus induk Durian Tunggal di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi (anugerah tertinggi UTeM), manakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pula menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Komuniti.

Majlis anugerah tersebut disempurnakan oleh Canselor UTeM, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Turut hadir Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Seramai 1,591 siswazah menerima ijazah dan diploma iaitu tiga orang Doktor Falsafah (PhD), 22 penerima sarjana, 1,335 penerima ijazah sarjana muda dan 230 menerima diploma pada konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu.

Selain itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menguasai teknologi akan membantu negara mengurangkan jurang teknologi dengan negara maju sekali gus menghentikan pergantungan negara terhadap ciptaan teknologi negara luar.

Katanya, pencapaian rakyat negara ini dalam menghasilkan ciptaan teknologi masih sedikit yang mana sebahagian besarnya juga tidak mampu dikomersialkan.

"Jika mahu dibandingkan pencapaian teknologi atau ciptaan baru yang pernah dihasilkan oleh rakyat kita buat masa ini, ia masih jauh ketinggalan dengan pencapaian rakyat Jepun atau Taiwan."

"Saya fikir perlu ada jaringan kerjasama dengan pihak swasta untuk membantu dalam menghasilkan ciptaan teknologi baru memandangkan pada masa ini, pihak itu hanya berminat dalam bidang tertentu yang dianggap memberi keuntungan segera," katanya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya, rakyat negara ini menghasilkan ciptaan teknologi baru yang bersesuaian dengan keperluan penduduk.

Tambah beliau, ia adalah kerana rakyat terpaksa bergantung kepada barangan import yang kebanyakannya tidak sesuai dengan kegunaan dan iklim negara.



Berita Minggu

IPT, swasta wajar bekerjasama: Dr M
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
















TUN DR MAHATHIR menerima Ijazah Doktor Kehormat Pembangunan dan Pengurusan Teknologi daripada Mohd Khalil pada konvokesyen kelima, UTeM, di Melaka, semalam.


Komersialkan R&D untungkan dua pihak

MELAKA: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini disaran bekerjasama lebih rapat dengan sektor yang membangunkan bidang renyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya hasil penyelidikan dapat dikomersialkan, selain mengemaskini teknologi dan kepaka-ran masing-masing, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, universiti patut mewujudkan hubungan dengan pihak swasta dan mereka perlu mengadakan rundingan serta jalinan kerjasama dengan pihak terbabit berdasarkan situasi yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

"Kerjasama di antara universiti dan sektor swasta penting bagi memasarkan R&D di dalam dan luar negara. Bagi menentukan hala tuju kedua-dua pihak ke arah kecemerlangan, kerjasama erat amat diperlukan untuk mengenal pasti bidang yang akan diterokai bersesuaian dengan perkembangan di peringkat antarabangsa," katanya selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-5 di Kampus Durian Tunggal, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi, manakala isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Komuniti.

Kedua-dua anugerah berkenaan disampaikan Yang di-Pertua Negeri yang juga Canselor UTeM, Tun Mohd Khalil Yaakob. Anugerah yang julung kali itu sebagai penghargaan UTeM atas jasa dan sumbangan Perdana Menteri Malaysia keempat itu terhadap pembangunan negara sepanjang menerajui Malaysia selama 22 tahun.

Hadir sama, Pro Canselor UTeM, Tan Sri Dr Johari Mat, Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Yaakob Md Amin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Dr Mohd Taib Hashim dan Naib Canselor UTeM, Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, sektor swasta di negara ini dilihat tidak begitu inovatif kerana pihak terbabit hanya gemar mengeluarkan produk yang mereka tahu membuatnya tanpa mencuba sesuatu kelainan.

"Kegemaran pihak swasta hanyalah kepada pembangunan perumahan. Kalau kita ketengahkan idea baru kepada mereka walaupun membabitkan produk pertanian, mereka tidak mahu kerana ia mengambil tempoh yang panjang.

"Setiap sesuatu inovasi yang baru di dalam industri, ia mengambil tempoh yang lama untuk mendapat pulangan. Kalau mereka buat rumah hari ini mereka boleh menjualnya esok... itulah kegemaran pihak swasta di negara ini," katanya.



Resipi kejayaan Azira

MELAKA: "Sentiasa fokus terhadap sesuatu subjek yang sukar hingga benar-benar memahaminya adalah antara resipi kejayaan saya," kata penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Azira Abd Rahman.

Azira, 24, yang berasal dari Bukit Kepong, Johor dan kini bertugas sebagai guru siswazah kontrak berkata, beliau menerima panggilan daripada ayahnya yang memaklumkan mengenainya ketika beliau sedang mengajar.

“Saya memang tidak menyangka akan menerima anugerah itu. Saya terkejut dan menangis apabila melihat sendiri surat yang dihantar pihak universiti.

“Kejayaan ini saya tujukan kepada ayah, Abdul Rahman Musib, 53, dan ibu, Nadrah Abdul Aziz, 51, selain rakan dan pensyarah yang banyak membantu pencapaian akademik,” katanya yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Min di Batu Gajah, Merlimau, Jasin.

Anak ketiga daripada lima beradik dan gemar menyertai aktiviti lasak dan mencabar minda berkata, sejak kecil beliau berminat dengan bidang elektronik dan sudah menghadiri beberapa temu duga setakat ini.

“Sepanjang pengajian, saya banyak terbabit dalam aktiviti anjuran universiti dan menjadi ahli jawatankuasa beberapa kelab. Selain itu, saya juga atlit catur UTeM dan pernah mewakili universiti ke pertandingan peringkat antarabangsa iaitu GACC World Chess Champion-ship,” katanya yang memperoleh Nilai Purata Gred Keseluruhan (CGPA), 3.65.



New Sunday Times

Honorary doctorates for Dr M, wife

MALACCA: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, received honorary doctorates yesterday from Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) for their contributions to development of the nation.

Dr Mahathir received the Honorary Doctorate of Development and Technology Management from university chancellor Tun Mohd Khalil Yaakob, the Malacca Yang Dipertua Negeri, at the convocation at the Durian Tunggal campus.

UTeM vice-chancellor Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan said the award was in recognition of Dr Mahathir's dedication and hard work, for laying the road map for Vision 2020 and for the achievements of the nation during his 22 years of premiership.

"Dr Mahathir transformed the landscape of the country, and in the process helped in the setting up of high-technology industries such as Hicom, Proton and Telekom Malaysia.

"He had a great vision for the country, seen in the setting up of the Multimedia Super Corridor and Cyberjaya, besides his stress on introducing technical courses in local institutions of higher learning."

Dr Siti Hasmah's contributions were recognised with an Honorary Doctorate in Community Development for her role in the development of communities in Malaysia.

Dr Mahathir said the award was meaningful to him as he believed technological development was one of the country's most important agendas.

"I urge all those involved in the technological advancement of the country to redouble their efforts to transform the nation into a technology- driven country."

At the convocation, 1,591 graduates received their scrolls. Three people obtained their doctorates. Twenty-two graduates received their master's while 1,336 received the bachelor's degree. Another 230 obtained diplomas.

Azira Abdul Rahman and Amrik Singh Phuman Singh received the Royal Award, while Amin Mohamed Sultan and Vigneswaran Ramu received the Chancellor's Award.


Kosmo, 8 Oktober 2009

1 ulasan: