Isnin, Oktober 19, 2009

Bercuti Di Corus Paradise

Sudah hampir seminggu apartment ditempah, akhirnya pada 17 Oktober 2009, kami sekeluarga ke Corus Paradise Resort, Port Dickson. Kami bertolak dari rumah pukul 12.15 tengah hari setelah semua kelengkapan siap. Kami dibenarkan check-in pukul 3.00 petang. Perjalanan kami juga santai, tidak mengejar masa dan kadangkala kalau perlu berhenti, kami berhenti untuk solat, makan dan sebagainya.

Minggu ni minggu terakhir Syawal. Ada juga dua tiga jemputan rumah terbuka rakan-rakan sekerja tetapi mulai jam 2.00 petang. Aku tidak sempat hadir kerana anak-anak dah berkali-kali bertanyakan bilakah masanya nak ke hotel. Semuanya dah tak sabar nak berenang.

Jarak perjalanan dari Melaka ke Port Dickson tidaklah jauh. Lebih kurang 70 kilometer sahaja. Kami sampai ke Corus Paradise Resort pukul 3.15 petang. Setelah selesai check-in, kami ke bilik. Dari bilik yang menghadap ke laut, aku melihat pemandangan sungguh menarik. Memang benar, inilah tarikan utama pengunjung ke Port Dickson dan itulah salah satu sebab mengapa hotel-hotel di sini sentiasa penuh.

Pukul 5.30 petang, kami ke pantai dan menikmati keindahan alam di sana. Seterusnya kami ke kolam renang. Waktu cuti-cuti begini, kolam renang ni memang penuh. Aku mengambil keputusan untuk memerhatikan sahaja anak-anakku berenang di samping merakamkan aksi-aksi mereka di kolam. Melihat gelagat anak-anak membuatkan hatiku turut terhibur.

Hampir Maghrib, kami naik ke bilik. Aku bertanyakan anak-anak sama ada mereka ingin keluar makan malam tetapi semuanya tidak berminat. Kebetulan, Suriati, rakan sekerja Ida, yang kebetulan baru pulang kenduri dari rumah abangnya di Port Dickson, menghulurkan nasi beriyani dengan lauk-pauk. So, makanlah mereka apa yang ada.

Walau bagaimanapun, aku dengan Ida ke bandar Port Dickson malam itu untuk membeli makanan. Jarak bandar dengan apartment lebih kurang 3 kilometer. Bandar ni pada hari-hari biasa tidaklah terlalu sibuk melainkan hujung minggu.
Lewat pagi, hujan agak lebat dan guruh berdentum di sana-sini. Sayup-sayup deruan angin yang bertiup bagaikan wisel.

Ahad, 18 Oktober 2009 merupakan hari kedua dan terakhir kami di Corus Paradise. Pukul 9.00 pagi, selepas bersarapan, kami ke kolam renang lagi. Anak-anak masih tidak puas bermain kolam. Yelah, bila kolam renang ni dipenuhi orang, pergerakan menjadi terhad dan masing-masing tidak dapat bergerak bebas sebaliknya perlu berhati-hati.

Akhirnya, kami check-out pukul 12.30 tengah hari tetapi membiarkan anak-anak di kolam renang. Nampaknya mereka begitu seronok dengan percutian ini. Pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang ke Melaka. Masing-masing mengadu kulit muka mereka perit terbakar dek pancaran cahaya matahari. Manakan tidak, sepanjang di kolam, Alim yang paling kerap turun naik gelongsor air dengan Ifa tetapi Miza sebaliknya. Arif kelihatan bosan kerana tiada rakan-rakan.

Sebenarnya aku ada satu lagi jemputan rumah terbuka iaitu di rumah adikku, Rozanah di Nilai tapi aku rasa tidak berkesempatan untuk ke sana. Walau bagaimanapun aku sempat menghubunginya melalui SMS memaklumkan ketidakhadiran kami sekeluarga dan aku berharap Rozanah faham. Kalau tidak kerana anak-anak nak mandi lebih lama, rasanya aku dahpun sampai ke Nilai.

Akhirnya, kami sampai ke rumah pada pukul 6.00 petang. Percutian kali ini paling ringkas dan ianya sudah tentu menyeronokkan. Percutian pada aku bukanlah untuk mengadakan pelbagai aktiviti sebaliknya cukuplah sekadar berehat-berehat dan bermalas-malas. Sekurang-kurangnya, dapat menenangkan fikiran...



























































































































































5 ulasan:

  1. Mengapa tak mandi di pantai? Kalau mandi kolam, di mana-mana hotel pun boleh kan?

    BalasPadam
  2. Pantainya tidak begitu bersih. Banyak sampah seperti botol minuman plastik, kertas dan sebagainya. Lagipun lebih selamat di kolam kerana ada pengawal.

    BalasPadam
  3. Boleh saya dpat kan nombor agen apartment?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

      FULLY RENOVATED APARTMENT..
      Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

      Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

      Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

      The space
      Accommodates: 4+
      Bathrooms: 1+1 ( water heater)
      Bedrooms: 2
      Beds: 2+1
      Check In: Anytime after 3PM
      Check Out: 12PM (Noon)
      Property type: Apartment
      Room type: Entire home/apt
      Fully renovated apartment
      Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
      Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
      Extra bed : 4

      No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

      Rates per night :
      Weekdays : rm200
      Weekend : rm250
      Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

      Safety features
      First aid kit

      Availability
      1 night minimum stay

      *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

      *5S CONCEPT

      Contact me:
      Che Norijan Binti Jamil
      019-2222777
      Direct owner

      Padam
  4. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    BalasPadam