Jumaat, Mei 14, 2010

Arif Mewakili RAR

Jumaat, 7 Mei 2010 Arif bersama lebih 15 orang peserta yang mewakili Kelab Rakan Akuatik Remaja (RAR) bertolak ke Shah Alam dengan 4 buah kereta untuk menyertai 1st Leg SportExcel Junior Swimming Circuit 2010 di Pusat Akuatik Darul Ehsan(PADE). Kumpulan ini bertolak pada jam 3.30 petang dan menginap di Hotel Carlton Holiday.

Arif menyertai tiga acara iaitu 50 meter breaststroke, 50 meter free style dan 100 meter breaststroke. Pertandingan dijalankan pada hari Ahad, 9 Mei 2010. Arif tidak mensasarkan kemenangan tetapi sekadar cuba memperbaiki masa peribadinya.

Bagi acara 50 meter breaststroke, masa yang dicatatkan ialah 56.49 saat iaitu pada kedudukan ke-84 daripada 127 orang peserta. Dalam acara 50 meter freestyle, masa yang dicatatkan ialah 43.77 saat di mana beliau berada di kedudukan ke-88 daripada 104 peserta. Bagi acara 100 meter breaststroke, catatan masa Arif ialah 2:06.86 saat iaitu kedudukan ke-66 daripada 86 orang peserta.

Petang itu busunya yang tinggal di Putra Height, Roziah dan Farok bersama anak-anaknya sempat menjenguk Arif di kolam renang. Yelah, anak buah bertanding. Datang beri semangat...

Memandangkan ini adalah penyertaan sulung Arif pada tahun 2010, masa yang dicatatkan itu memadai sebagai catatan permulaan dan berharap beliau dapat memperbaiki masa peribadinya pada beberapa kejohanan akan datang. Pertandingan seterusnya, 2nd leg bakal diadakan di Seremban pada bulan Julai nanti.

Lawan tetap lawan....

Foto: Thanx Farok & Roziah













Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE)

























Arif bersedia untuk terjun ke kolam.
























Arif berbual dengan busunya, Roziah Hj. Atip
























Arif bersama Farhana dan Farhan.


Kedudukan RAR dalam pertandingan.


Laman web ASUM


Imbasan: Arif sewaktu mewakili RAR dalam Kejohanan Renang Sportexcel-Milo-NSC di Pulau Pinang pada 7-8 Julai 2007


Peserta bergambar beramai-ramai...


Menikamati sarapan...

2 ulasan:

  1. Salam bang man. Hehehe nak komen sikit pasal si Arip. Pesan kat dia even first tournament or what, lawan tetap lawan. Apa yang Farok perasan, dia lebih pada gaya. No doubt his dive is superb, Farok pon tak boleh buat macam tu. But, bila start swim, si Arip ni macam buat pertunjukan plak rileks je... hehehe

    BalasPadam
  2. Dia ni xde stamina...malas nak buat situp...dia punya coach tengah asah lg bagi badan ada shape (xderler boroi!!!) pastu nak kasi ada stamina...dia hentam air batu juga... nak tengok masa dia nanti kat Seremban!!!

    BalasPadam