Pukul 1.40 petang tadi aku menerima panggilan telefon daripada Mawardi.
"Encik Azman, ada kat mana ni? Jadi tak pergi rumah Mi?" tanya Mawardi.
"Ya, ya, jadi. Jumpa rumah Mi pukul 2.00 petang", balas aku.
Sebenarnya petang semalam kami berjanji untuk ke majlis perkahwinan Mi Azian bersama tetapi tidak pula ditetapkan masanya.
Pagi ni aku ke Ayer Hitam, Johor untuk membeli ubat Ida dan mujur ubat tersebut ada. Dah seminggu Ida tidak selesa dek kerana lelahnya. Pukul 1.20 petang aku mengambil Ifa dan Miza dari sekolah kerana hari ini ada sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina nanti.
Pukul 2.15 petang, aku sekeluarga sampai di Rumah Awam Taman Penghulu Jabar, Bukit Katil. Arif tidak mengikuti kerana telah berjanji dengan rakannya, Salman untuk ke PERPUSTAM bagi membuat rujukan. Mawardi dan Mohd Effendi bersama keluarga masing-masing baru sahaja sampai. Kami terus ke khemah tetamu. Kedengaran bunyi kompang bergema di halaman rumah pengantin menandakan pengantin lelaki baru sahaja sampai.
Aku bersalaman dengan wakil tuan rumah dan terus mencari kerusi kosong untuk diduduki. Memang ada kerusi kosong tetapi tidak dapat menempatkan kami tiga keluarga setempat. Akhirnya aku sekeluarga mencari kerusi kosong di meja bersebelahan.
Ramai rakan sejabatan yang aku temui seperti Rahman, Zulkarnain, Nasir, Dilla, Nor Aini dan Norlizawati. Turut hadir Ketua Pustakawan bersama dua orang anak lelakinya. Beliau duduk semeja dengan Mawardi dan Mohd Effendi.
Selepas makan, aku ke meja pengantin dan sempat merakamkan gambar kedua mempelai, Mi Azian dan Mohd Razali. Kemudian aku menghampiri keduanya dan bersalaman dengan pengantin lelaki.
"Selamat pengantin baru, Mi, untuk awak berdua," ucap aku sambil tersengih.
"Terima kasih, Encik Azman. Isteri datang tak?" balas Mi Azian dengan senyuman meleret.
"Ada, kat sana dengan anak-anak," balas aku kembali.
Semasa duduk-duduk menunggu anak-anak menghabiskan makanan, aku bertanyakan Mi Azlina, kakak Mi Azian bagaimanakah nanti kedua mempelai ni menjalankan tugas mereka sebagai suami isteri tetapi Mi Azlina sendiri tidak pasti. Ini adalah kerana suami beliau bekerja di Pahang dan Mi Azian sendiri di Melaka. Menurut Mi Azlina, ada kemungkinan Mohd Razali akan memohon pertukaran kerja di Melaka.
Kira-kira jam 3.00 petang, aku bersalaman dengan tuan rumah dan meminta diri untuk pulang. Kemudian aku menghampiri Mawardi dan Mohd Effendi serta bersalaman dengan keduanya.
Kedua pihak menepung tawar dan memberikan restu.
Akhirnya bersatu juga di atas pelamin.
Pakaian pengantin yang sedondon biru.
Anak sapalah ni yang senget kepalanya?
Ifa dan Miza.
Haus nampak!!!
Keduanya duduk semeja dengan Ketua Pustakawan.
Puteri sulung Mawardi..
Alahai anak abah, keletihan...
Mohd Effendi dan Mawardi bersama keluarga masing-masing.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan