Semalam semasa berjalan-jalan di pasar malam di Ipoh, aku terpandang sebuah jam loceng berwarna merah berlatar belakangkan logo pasukan Manchester United (MU). Lantas aku teringatkan Arif kerana itulah pasukan kegemarannya sejak dulu lagi. Dan aku juga teringatkan bagaimana sukarnya nak kejutkan Arif pada waktu pagi.
Aku segera membelek jam loceng berkenaan dan bertanya-tanyakan harganya. Tidaklah mahal...Aku meminta penjual tadi menguji jam loceng tersebut dan memintanya memasukkan semula ke dalam kotak dan membayar harganya.
Malam tadi sebaik Arif pulang dari kelas tuisyennya, aku menyerahkan hadiah itu kepada Arif dan memintanya menggunakan hadiah itu untuk menguruskan masanya bangun tidur pada waktu pagi...
Dua dalam satu, jam loceng memudahkan Arif menguruskan masa bangun pagi dan lambang MU sebagai perangsang untuk menyimpannya dengan baik...
0 ulasan:
Catat Ulasan