Isnin, Februari 22, 2010

Aktiviti Seharian Di Hujung Minggu 1


Aktiviti pagi Sabtu, 20 Februari 2010 dimulakan dengan menghantar anak-anak ke Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain di Masjid Al-Azim. Hari ini bermulalah kelas-kelas tersebut setelah hampir dua bulan pelajar-pelajarnya bercuti. Miza memulakan pengajian di Tahap 1 manakala Arif dan Arifah di Tahap 6. Walau bagaimanapun, Arif hanya menghadiri kelas sekali seminggu kerana menghadiri Kelas Bahasa Arab bersama Ustaz Fadzly Yaacob.

Pukul 10.30 pagi, sebaik selesai kelas, kami terus pulang ke rumah. Kami bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan Za'aba, anak Pak Long Sani di Dewan Masjid Daerah Alor Gajah. Pukul 2.00 petang kami bertolak ke majlis berkenaan. Ramainya orang kampung Alai di sana. Mudah mengadakan majlis di dewan orang ramai kerana keselesaan dari segi meletak kereta dan memasang khemah.

Pukul 4.00 petang, kami sekeluarga ke Hospital Putra untuk melawat Zaki yang dimasukkan ke wad kerana sinus. Hampir tiga jam kami di sana. Anak-anak pula ingin menikmati makanan di cafe hospital. Layan ajelah...

Pukul 7.10 malam, kami bercadang ke AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre di Peringgit. Dah lama pasar raya ini dibuka tetapi aku belum sempat menjenguk ke dalamnya. Sempat bersiar-siar di kedai-kedai di aras bawah pasar raya berkenaan dan juga ke Jaya Jusco untuk membeli keperluan harian. Aku bercadang untuk datang lagi kerana banyak lagi kedai di aras berlainan yang belum aku terokai. Memang luas pasar raya ini. Pukul 9.00 malam, kami sekeluarga pulang ke rumah.

Dek kerana keletihan, aku melelapkan mata seawal jam 10.00 malam...














0 ulasan:

Catat Ulasan