Jam menunjukkan pukul 5.15 petang dan aku masih di hadapan komputer menyiapkan kerja-kerja hakiki. Tiba-tiba telefon bimbit berdering.
"Assalamualaikum bang! Kat mana?" tanya si pemanggil.
"Kat ofis lagi", jawab aku selamba sambil cuba mengecam suara si pemanggil itu.
"Bang, boleh tolong? Ada jumper tak? Kereta tak boleh start," jelas si pemanggil lagi.
Setelah diamati, jelas suara ini memang aku kenali. Arman, rakan sepejabat yang kebetulan enjin keretanya tidak mahu hidup meminta pertolongan.
"Ya, jumper ada. Tunggu jap", balas aku kembali.
Setelah menyusun beberapa buah buku di atas meja dan mematikan komputer, aku terus ke punch-card dan menuju ke tempat letak kereta di belakang bangunan perpustakaan.
Beberapa orang rakan sejabatan seperti Mahadir, Norlian dan Halim yang kebetulan mahu pulang ke rumah, turut menjenguk enjin kereta Kancil Arman yang tidak mahu hidup. Sebaik aku sampai, masing-masing meminta diri untuk pulang.
Aku segera membuka kereta dan mendapatkan jumper. Kebetulan, alat ini memang aku sentiasa simpan di dalam kereta. Kereta aku dan kereta Arman dirapatkan secara berhadapan. Hujung jumper dipasang pada bateri kereta aku dan hujung jumper yang satu lagi dipasang pada bateri kereta Arman. Setelah menghidupkan enjin kereta aku, Arman pula menghidupkan enjin keretanya. Alhamdulillah, enjin keretanya berjaya dihidupkan.
"Bang, terima kasih!" ucap beliau sambil menyatakan kerisauannya terhadap kondisi keretanya terutama di waktu isterinya menunggu hari untuk bersalin.
"Sama-sama." balas aku kembali.
Aku segera mengambil Arif dan Miza di sekolah dan terus pulang.
Pukul 9.30 malam, aku menerima SMS dari pada Arman mengucapkan terima kasih di atas pertolongan tadi.
Pada aku, apalah sangat pertolongan itu berbanding nilai persahabatan yang harus dijaga setiap masa.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan