Isnin, Februari 22, 2010

Aktiviti Seharian Di Hujung Minggu 2


Hari ini aku memulakan rutin hidup di hujung minggu seawal jam 7.15 pagi. Arif, Ifa dan Miza dikejutkan dari tidurnya agar dapat bersiap-siap untuk menghadiri Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain di Masjid Al-Azim. Sebaik ketiga-tiganya menghadiri kelas, aku singgah di rumah Mak yang letaknya lebih kurang 600 meter dari masjid.

Pukul 10.30 pagi sebaik selesai kelasnya, aku membawa ketiga-tiganya minum pagi. Arif dan Miza memesan nasi lemak berlauk ayam goreng dan juga roti canai serta roti tampal manakala Arifah inginkan roti planta. Boleh tahan juga anak-anak aku ni...

Sebaik selesai, aku bercadang ke Kedai Buku Thai Kuang di Gajah Berang untuk membelikan Alim buku Siri Cepat Membaca, "Bacalah Anakku". Anak lelaki aku yang seorang ni agak lambat sedikit membaca kerana suka bermain-main dan buat lawak..Umur baru 6 tahun tapi kalau dibandingkan dengan orang lain, agak lambat. Biasalah tu anak lelaki.. Aku pun tidak suka memaksa cuma berharap Alim dapat menguasai suku kata dan seterusnya mampu membaca dengan segera.

Pukul 11.30 pagi, aku bergegas pulang ke rumah. Ida ada tugas di pejabat. Aku segera menyiapkan pakaian kerana akan ke Ipoh petang ini bersama rakan setugas, Mahadir untuk menghadiri jemputan Majlis Perasmian Karnival IRC 1Malaysia di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak esok.

Sebaik aku menjamu selera, Ida sampai. Kami makan bersama. Anak-anak masih kekenyangan. Selepas mendakap dan mencium anak-anak, aku minta Ida menghantar ke perpustakaan. Mujur menggunakan kenderaan universiti, tidak perlu memikirkan jalan ke sana kerana ada pemandunya.

Pukul 2.45 petang, kami bergerak melalui Lebuhraya Utara Selatan dan berhenti di R&R Rawang pukul 4.30 petang untuk minum. Kami berbual panjang isu-isu semasa dan jam 5.30 petang, kami menyambung perjalanan. Hujan mulai turun dengan lebat. Kami singgah sebentar di Petronas, Tapah Arah Utara untuk 'coffeebreak' yang disediakan oleh CNI Holdings Bhd. Yelah, musim-musim cuti perayaan ni...

Hujan masih lebat dan pemanduan agak berhati-hati kerana sepanjang perjalanan tadi ada dua kemalangan yang aku temui. Kedua-duanya berlaku semasa hujan. Mungkin terbabas...Kami keluar lebuhraya melalui Plaza Tol Simpang Pulai dan terus ke Bandaraya Ipoh.

Pemandu, Azman Khamis boleh dikatakan biasa juga dengan bandaraya ini dan setelah mencari-cari hotel yang bersesuaian, kami akhirnya menginap di Hotel Ritz Kowloon, di Jalan Yang Kalsom. Boleh tahan jugak hotel ini. Harganya murah, luas dan selesa. Kami singgah di bandar untuk ke pasar malam dan makan malam sebelum masuk ke bilik untuk berehat...

Aku harus tidur awal kerana esok ada misi jabatan yang harus aku selesaikan...









0 ulasan:

Catat Ulasan