Ahad, Disember 07, 2008

Hari Kedua Di Brunei Darussalam















Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Hari ini 27 November 2008 merupakan hari kedua kami di Brunei Darussalam. Selepas solat Subuh, aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar hotel. Kemudian aku singgah di lobi hotel untuk membaca akhbar.

Pukul 9.00 pagi, selepas bersarapan, kami menaiki dua kenderaan untuk pergi bersiar-siar. Sebuah Nissan Sunny, kalau di Malaysia rupanya seperti Nissan Sentra dan sebuah lagi Suzuki Panther, macam Toyota Unser.

Kami mengambil keputusan ke Terminal Feri Serasa di Muara bagi membeli tiket feri untuk pulang keesokan harinya, kemudian kami ke Bandar Seri Begawan. Bandar raya ini tidaklah sesibuk bandar raya lain di Malaysia. Kenderaan yang digunakan juga kebanyakannya kenderaan berjenama luar yang diimport. Sejurus memasuki Bandar Seri Begawan, aku tertarik dengan papan iklan dan juga nama-nama kedai di Brunei ini. Kebanyakannya masih mengekalkan tulisan jawi.

Pukul 10.45 pagi, kami ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei (Royal Regalia Museum). Di sini pelbagai pameran gambar dan replika serta alat kebesaran diraja Brunei dipamerkan. Ianya bertujuan memaklumkan kepada pengunjung sejarah kesultanan Brunei, penubuhan negara Brunei, hadiah-hadiah yang diterima Sultan Brunei semasa berkunjung ke luar negara semasa menghadiri apa-apa acara rasmi kerajaan dan lain-lain lagi. Kami sempat bergambar di lobi bangunan ini. Hanya bahagian ini sahaja dibenarkan untuk bergambar manakala bahagian-bahagian lain adalah dilarang malah dilengkapi dengan kamera litar tertutup.

Pukul 12.15 tengah hari, kami ke Kompleks Yayasan untuk membeli-belah di samping menjamu selera. Kami mencari souvenir untuk dijadikan kenangan seperti kemeja T dan juga key-chain. Cari punya cari, akhirnya dapatlah juga kemeja T di Royal Selangor.

Pukul 5.00 petang, selepas solat Asar di Masjid Omar Ali Saifuddien, iaitu sebuah masjid berkubahkan emas, kami berangkat pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun agak lebat dan akhirnya perancangan kami untuk ke Jerudong Park malam ini terpaksa dibatalkan.

Selepas makan malam, kami berehat di hotel dan akhirnya jam 9.00 malam, ada yang sudah melelapkan mata.















Pemandangan awal pagi di sebatang jalan raya berhampiran hotel















Sebuah kereta berjenama Lexus yang terbabas ke dalam longkang berhampiran hotel.















Hotel Good View tempat kami menginap.















Bersarapan pagi di hotel.















Membeli-belah di Kompleks Yayasan.















Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei (Royal Regalia Museum).



















Miza dan Ifa di muzium.















Bergambar sekeluarga di Royal Regalia Museum















Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan















Masjid Omar Ali Saifuddien dirakam dari dalam sesudah solat Asar.















Bergambar beramai-ramai di Royal Regalia Museum















Muhammad Arif dan Danish















Alim bergambar di Kompleks Yayasan berlatarbelakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien.















Yunus bergambar sambil bersantai.















Salah sebuah gerai menjual souvenir di Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan