Ahad, Disember 07, 2008

Bercuti Di Brunei Darussalam















Bergambar di atas feri.















Pemandangan dari atas feri.















Bergambar bersama Alim.















Ida bergambar dengan Alim.















Pemandangan Financial Park dari laut.















Bukan main asyik lagi Miza hisap susu...















Pemandangan kapal-kapal di pesisir pantai Labuan.















Danish, Lokman dan Arif menonton TV dalam feri.

Hari ini 26 November 2008. Memandangkan perjalanan kami ke Brunei Darussalam pada sebelah petang, kami ke Bandar Labuan sekali lagi bagi mengisi masa yang ada. Kebetulan hari Farok sampai dari LCCT pada jam 10.00 pagi untuk mengikuti kami ke Brunei. Kami ke HMD Automobile, kedai jualan kereta terpakai dan beberapa kedai menjual kereta seperti Toyota dan Honda untuk mengetahui harga-harga kereta di Labuan. Memang ianya agak berbeza, sedikit murah berbanding kereta baru. Dapatlah berangan sekejap jika dapat memandu kereta-kereta mewah.

Pukul 3.30 petang, setelah bersiap-siap, kami terus ke Terminal Feri. Yunus sekeluarga, Roziah sekeluarga, Nek Ikin dan Mak Munah serta aku sekeluarga, 17 orang semuanya. Kami harus masuk sebelum pukul 4.00 petang. Sesampai di terminal, kami melalui pemeriksaan imigresen bagi menunjukkan passport kerana kami akan keluar negara. Setelah semuanya selesai, kami masuk ke dalam feri. Feri mula bergerak jam 4.30 petang. Memang seronok sebab dah lama tidak menaiki feri. Kalau adapun aku naik feri ni masa pergi Langkawi, beberapa tahun lepas.

Untuk mendapatkan pemandangan yang menarik, aku ke geladak. Di sini, perlahan-lahan Pulau Labuan, kami tinggalkan. Financial Park merupakan antara bangunan atau mercu tanda yang tinggi di pulau ini yang dapat kami lihat dari laut. Aku melihat Ida dan Miza sudah mula termenung. Aku berbisik, ini mesti mabuk laut. Aku cuba menenangkan mereka walaupun sudah hampir ke penghujung, aku pun dah hampir mabuk.

Pukul 6.30 petang, kami sampai di Jeti Serasa, di Muara. Setelah melalui pemeriksaan imigresen Brunei, kami menunggu kenderaan yang ditempah sampai. Pukul 6.45 petang, sebuah van bersama pemandu warga Pakistan tiba, mengangkut kami ke hotel. Agak bersesak juga, dah macam pendatang tanpa izin. Rupanya ada miscommunication dengan agen kereta tersebut. Kami sampai ke Hotel Goodview di Jerudong, lebih kurang pukul 7.00 malam. Aku dimaklumkan, setiausaha kepada Yunus tersilap memaklumkan masa kami sampai dengan masa kenderaan dihantar kepada agen tersebut.

Setelah masuk ke bilik, kami berehat sebentar sebelum makan malam. Selepas makan malam, pada jam 9.00 malam, kami bersiar-siar di Jerudong Park. Taman tema ini tutup jam 12.00 malam. Jadi, kami semua mengisi masa dengan membawa anak-anak untuk berhibur di taman tema ini. Berbagai permainan ada disediakan.

Pukul 11.30 malam, kami balik ke bilik. Oleh kerana agak keletihan, kami tidur awal.















Jerudong Park di waktu malam.















Bumper car merupakan antara permainan menarik yang disediakan di Jerudong Park















Pirate ship juga menarik perhatian kanak-kanak.















Merry go round mengasyikkan kanak-kanak.















Ida bergambar di Jerudong Park.















Turut bergambar dari kiri Lokman, Arif dan Danish.















Antara permainan yang disediakan di Jerudong Park.















Pirate Ship juga menjadi pilihan kanak-kanak.















Sebahagian permainan kanak-kanak yang mengasyikkan.















Merry go round menjadi pilihan kanak-kanak.















Kereta ini juga sesuai untuk kanak-kanak.















Alim dan Miza sedang membidik senapang.















Permainan biasa juga disediakan.















Ifa posing di atas replika unta.















Ifa posing di atas replika unta.

0 ulasan:

Catat Ulasan