Minggu ni aku berpeluang menghadiri ESQ Leadership Training Program yang dikelolakan oleh Unit Latihan, Pejabat Pendaftar UTeM dengan kerjasama ESQ Leadership Center, Petaling Jaya. Program ini telah diadakan di MITC Ballroom, Melaka dari 22 hingga 24 Disember 2008. Walaupun 3 hari tempoh kursusnya, ianya memberikan kesan yang mendalam dalam menentukan halatuju hidup manusia yang sebenarnya.
ESQ Training berasaskan Model ESQ Way 165 yang dipelopori oleh Dr Ary Ginanjar Agustian. Latihan ESQ ini mengasah spiritual peserta secara mendalam, di samping emosi dan intelektualnya. ESQ adalah suatu kaedah yang dijalankan bertujuan untuk membangkitkan spiritual manusia. ESQ secara seimbang akan memacu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan karakternya berdasarkan ESQ Way 165 ini. Angka 165 melambangkan simbol 1 Hati pada Yang Maha Pencipta, 6 Prinsip Moral (rukun Iman), dan 5 Langkah Kejayaan (Rukun Islam). ESQ terbuka kepada sesiapa saja yang berkeinginan untuk membentuk karakter mereka dengan sempurna.
Sesi latihan dijalankan oleh trainer iaitu Encik Andi Muhamad Fajar, Encik Dudi Supriadi dan Encik Muhamad Akmal. Sepanjang latihan, peserta didedahkan dengan 7 nilai dasar iaitu jujur, tanggungjawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin. Nilai-nilai ini sesungguhnya sudah tertanam dalam diri manusia sejak lahir.
Melalui training ESQ ini peserta diarahkan untuk dapat mencapai nilai-nilai dasar tersebut dan membantu membangkitkan kekuatan tersembunyi serta mengerahkan seluruh potensi dirinya untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih produktif.
Yang unik dan membezakan training ESQ dari latihan lainnya adalah training ini dijalankan sedemikian rupa sehingga peserta akan merasa seperti menikmati sebuah pertunjukan yang penuh makna. Peserta juga akan terlibat dengan beberapa aktiviti seperti permainan, simulasi dan juga saling bertukar pengalaman di antara peserta.
Bahan-bahan training disampaikan secara multimedia yang menggabungkan antara animasi, klip filem, efek suara dan muzik. Ditampilkan dengan medium beberapa layar besar dan tata suara yang kuat di samping dijalankan di tempat terpilih dengan standard tertentu untuk memastikan keselesaan peserta. Lagu yang kerap dimainkan dalam program ini ialah Demi Matahari oleh Snada yang asalnya daripada Surah Asy Syams.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.
Demi bulan apabila mengiringi,
Demi siang apabila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila menutupinya,
Demi langit serta pembinaannya,
Demi bumi dan hamparannya,
Demi jiwa serta penyempurnaannya.
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.
Asy Syams 1-10
Sewaktu mengisi borang pendaftaran.
Peserta diminta membuat satu simulasi Star Principle.
Encik Muhamad Akmal menerangkan peraturan simulasi.
Peserta bergambar beramai-ramai pada hari kedua latihan.
Logo ESQ 165
Mr. Zero merupakan maskot ESQ.
Ini merupakan model ESQ 165.
salam boss,
BalasPadammemang bermakna sekali course ESQ ni..tahniah sbb berjaya jadi ATS utk angkatan ke-2 utem, saya tak dpt turut serta sbb ada kematian keluarga. Semoga ada kebaikan pada diri kita after this precious course!