PSP berwarna biru pilihan Arif.
Seperti yang dijanjikan, pada 22 November 2008, iaitu sehari sebelum kami bertolak ke Labuan, aku dengan bantuan Farok ke Summit, USJ untuk mencari Playstation Portable (PSP) untuk Arif. Sebenarnya memang aku boleh berikan PSP ini awal lagi tetapi aku cadang menjadikannya sebagai hadiah sekiranya dia mendapat 5A dalam UPSR. Sebagai ganjaran, aku bersedia berbelanja lebih RM1,000.00 untuk menunaikan hajatnya. Memandangkan PSP yang berbentuk
slim ni terhad warnanya, aku berkali-kali bertanya sama ada dia setuju dengan PSP berwarna biru ini dan akhirnya dia bersetuju memandangkan warna
silver pilihannya tiada lagi stok.
Dan seperti yang aku jangkakan, alat ini tidak lepas dari genggamannya dan memandangkan keupayaan alat ini menyimpan banyak
games, Arif akhirnya leka dengan 'dunia barunya'....
0 ulasan:
Catat Ulasan