Ahad, Disember 07, 2008

Bertolak Pulang Ke KLIA















Menunggu kenderaan di LCCT

29 November 2008. Hari ini merupakan hari terakhir percutian kami di Labuan. Selepas bersarapan pagi, kami ke bandar Labuan. Kami ke Bazaar Labuan untuk membeli souvenir untuk rakan-rakan kerja. Di samping itu, aku dan Arif membeli sehelai kemeja T berjenama Adidas di salah sebuah kedai sukan di bandar ni. Baju sukan Arif dihadiahkan oleh Roziah kerana mendapat 5A dalam UPSR.

Pukul 12.00 tengah hari, kami singgah ke kedai kereta HMD Automobile lagi. Kali ini Roziah sudah bertekad untuk menempah kereta Toyota Wish yang akan digunakan untuk ke tempat kerja.

Pukul 5.00 petang, selepas Asar, aku melayan anak-anakku berenang di kolam renang di bawah kondominium. Selepas sejam, kami naik semula dan mula bersiap-siap untuk ke Lapangan Terbang. Pukul 7.00 malam, kami ke Lapanganterbang untuk check-in. Sebelum memasuki bilik menunggu, aku bersalaman dengan Yunus. Sarah nampaknya begitu sedih kerana tetamu yang datang akan pulang. Setelah beberapa hari rumahnya hiruk-pikuk, kini rumahnya kembali sunyi.

Kami semua melambaikan tangan kepada Yunus, Sarah dan anak-anaknya. Pukul 8.40 malam, kami semua sudahpun berada di dalam pesawat. Pesawat Air Asia AK5179 bergerak perlahan-lahan meninggalkan terminal untuk ke LCCT. Aku melihat dari tingkap pesawat, Labuan semakin sayup ditinggalkan.

Akhirnya kami sampai di LCCT pada jam 10.40 malam. Dari LCCT ke Putra Height, kami dijemput oleh Sharif dan Hazwan.

Kenangan bercuti di Labuan dan Brunei memang tidak dapat dilupakan. Walaupun ianya singkat tetapi amat bermakna kepada diri dan keluargaku.















Ida mencuba rantai tangan yang diperbuat daripada kristal.















Antara kraftangan yang dijual di Bazar Labuan















Kraftangan yang diperbuat daripada karang laut seperti siput menjadi hiasan kedai.















Arif dan Haris di gerai kraftangan.















Bersiar-siar di bandar Labuan















Masih mencari-cari sesuatu untuk dibawa pulang nanti.

1 ulasan: