Seawal jam 5.30 pagi, aku sudahpun terjaga dari tidur. Pagi ini, 8 Disember 2009 rombongan dari Perpustakaan UTeM ini dijangka bertolak ke Singapura jam 8.00 pagi. Selepas bersarapan pagi, kami check-out dari hotel dan memasuki bas persiaran yang akan membawa kami ke republik berkenaan.
Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan Danga Bay dan berhenti sebentar di sebuah tempat mengurup wang di Jalan Wong Ah Fook untuk membolehkan ahli rombongan yang masih belum menukar wang berbuat demikian. Akhirnya, pukul 8.45 pagi, kami memasuki Kompleks Kastam dan Imigresen (KIK) Johor Bahru di Tambak Johor untuk dicop pasport berkumpulan kami dan melakukan perkara yang sama di Kompleks Imigresen Singapura.
Pukul 9.00 pagi, kami sudahpun berada di Republik Singapura. Kadang-kadang risau pun ada bila memasuki negara orang kerana kita tidak biasa dengan jalan-jalan di sana tambahan pula sebagai orang asing, bimbang jika kita tidak sedar kita melakukan kesalahan di tempat orang dan kemungkinan-kemungkinan begini aku kongsikan dengan pemandu bas persiaran yang membawa kami. Dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentang peraturan di Singapura ini. Aku kira masyarakat di sini sentiasa dipantau berdasarkan CCTV yang ada di mana-mana pun.
Pukul 9.40 pagi, kami sampai di Nanyang Technological University (NTU) di Nanyang Avenue. Bas yang dinaiki mengelilingi kawasan kampus untuk mencari lokasi perpustakaan. Akhirnya lokasi perpustakaan ditemui dan kami bergerak mencari pintu masuk ke perpustakaan. Lee Wee Nam Library, begitulah nama perpustakaan NTU ini. Kami diberikan taklimat oleh Ms Tint Hla Hla Htoo, Subject Librarian dan Ms Samantha Ang, General Librarian yang merupakan antara orang yang terlibat dalam menguruskan IR.
Kemudian kami dibawa melawat kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sekitar perpustakaan. Keramahan kedua pustakawan ini dan kesediaan berkongsi maklumat semasa taklimat menarik perhatian aku. Perpustakaan ini memang luar dan kemudahan yang disediakan bukan sahaja mencakupi aspek koleksi secara fizikal malah membolehkan koleksi digitalnya diakses dari luar. Pukul 12.15 tengah hari, sesi lawatan ke NTU ini tamat dan rombongan bergerak ke Arab Street untuk menjamu selera. Khabarnya di sana agak mudah mendapat makanan halal kerana banyak kedai-kedai makan Melayu.
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor di Masjid Sultan, akhirnya kami mengambil kesempatan masa terluang untuk mencari cenderamata untuk dibuat kenang-kenangan. Lokasi gerai-gerai cenderamata hanya bersebelahan masjid.
Pukul 3.15 petang, kami sampai di Central Library, National University of Singapore (NUS). Kami diberikan taklimat oleh Mrs Thavamani P. Kumar, Senior Librarian. Sesuatu yang menarik mengenai perpustakaan ini ialah mereka sudahpun menggunakan kaedah seperti Google Maps untuk mencari lokasi ruang dan bahan di perpustakaan. Menurut Mrs Thavamani, ia dibangunkan oleh bekas pelajar NUS sendiri yang pernah bekerja di UK.
Kemudian dibawa melawat ke beberapa tingkat perpustakaan untuk melihat kemudahan yang ada di perpustakaan tersebut. Pukul 5.00 petang, sesi lawatan tamat.
Kami dibawa melawat di sekitar bandaraya ini dan sempat bergambar di Merlion Park, iaitu replika singa besar yang keluar air dari mulutnya. Akhirnya kami ke Mustafa Centre di Syed Alwi Road untuk mencari cenderamata.
Pukul 8.30 malam kami bergerak keluar ke Kompleks Imigresen Singapura dan KIK Johor Bahru dan pukul 9.00 malam, kami sudahpun berada di Johor Bahru. Lega perasaan bila sudah berada di tanah air sendiri. Kami singgah di M Suite hotel sebentar untuk bertukar bas dan akhirnya bas universiti yang membawa kami singgah makan malam di R&R Machap.
Kami sampai di Melaka jam 12.45 pagi, 9 Disember 2009 dan aku mengambil keputusan untuk bercuti kerana keletihan. Sesungguhnya lawatan ini banyak membuka minda kami dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan.
Sekitar lawatan di NTU
Sekitar lawatan di NUS
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
Assalamualaikum tuan. Menarik perkongsian tuan mengenai lawatan ke library di singapura. Tuan ada contoh kertas kerja berkaitan lawatan ini? Jika tidak keberatan, boleh tuan share kertas kerja dgn saya? Saya belum pernah handle apa2 event lawatan apatah lagi ke luar negara. Saya ingin mencuba tetapi memerlukan contoh dan guide. Terima kasih tuan.
BalasPadamTuan boleh panggil sy Nadiah, dan tuan boleh share contoh kertas kerja di email sy, cahayamulia1119@gmail.com
Terima kasih atas bantuan.
Assalamualaikum tuan. Menarik perkongsian tuan mengenai lawatan ke library di singapura. Tuan ada contoh kertas kerja berkaitan lawatan ini? Jika tidak keberatan, boleh tuan share kertas kerja dgn saya? Saya belum pernah handle apa2 event lawatan apatah lagi ke luar negara. Saya ingin mencuba tetapi memerlukan contoh dan guide. Terima kasih tuan.
BalasPadamTuan boleh panggil sy Nadiah, dan tuan boleh share contoh kertas kerja di email sy, cahayamulia1119@gmail.com
Terima kasih atas bantuan.