Sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini. Ini adalah kerana aku menghadiri Kursus PTK Gred 44/TK3 di UTM Skudai dari 14 hingga 23 Disember 2009. Aku ke sana dengan menumpang kereta rakan sekerja, Arman Mohammad.
Kami bergerak dari Melaka pukul 10.00 malam pada 13 Disember 2009 dan sampai ke Hotel Goodhope di Skudai pukul 2.00 pagi. Perjalanan kami agak relaks dan kami singgah di R&R Machap untuk berhenti rehat.
Esoknya, 14 Disember 2009, kursus berjalan seperti dirancangkan. Ramai peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari UTM, UMS, UMK, UTHM, UMK dan MPSJ. Dari UTeM, hanya 4 orang iaitu Rasida, Arman, Siti Norani dan aku. Kuliah disampaikan oleh beberapa orang pensyarah dan ketua jabatan berkaitan topik masing-masing. Sambil-sambil kuliah, dapatlah juga satu atau dua tips sebagai petunjuk untuk menjawab soalan pada penghujung kursus ini.
16 Disember 2009, selepas waktu kuliah, kami berangkat pulang ke Melaka kerana Arman mendapat berita ibunya dimasukkan ke Hospital Putra kerana masalah buah pinggang. Sebagai rakan, aku harus memahami. Keesokan paginya, aku bertolak ke UTM Skudai bersendirian kira-kira pukul 5.00 pagi untuk menghadiri kuliah. Dan sebelah petang, aku kembali semula ke Melaka kerana keesokan harinya cuti sempena sambutan Maal Hijrah.
Kursus PTK ini dari segi komposisi markahnya, 70% peperiksaan dan 30% tugasan yang merupakan pengucapan awam, pembentangan tugasan dan tugasan bertulis.
Malam 20 Disember 2009, aku dan Arman kembali ke hotel yang sama untuk meneruskan baki kursus. Kali ini menggunakan kenderaan aku. Tempoh 21 hingga 23 Disember 2009 pula ialah masa untuk pembentangan dan juga peperiksaan bertulis. Apabila tugasan selesai, aku dan rakan-rakan berasa lega. Sehari sebelum peperiksaan, selepas waktu bekerja, aku dan Arman mengisi masa yang ada ke Skudai Parade. Kami sempat menghabiskan tiga frame permainan bowling.
Keesokan harinya, selepas peperiksaan, kami pulang ke Melaka. Kami selamat sampai jam 5.00 petang. Dengan menghadiri kursus ini, kami mendapat banyak pengalaman. Selain pensyarah, rakan-rakan juga banyak membantu.
Aku berdoa semoga semua yang menghadiri kursus PTK ini mendapat kejayaan.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan