Sabtu, 26 Disember 2009. Setelah berbual-bual dengan Md. Noh, akhirnya semua yang singgah di rumahnya sudah pulang ke rumah masing-masing. Azhar pulang ke Bandar Permaisuri, Azilah balik ke Cheras dan yang tinggal Yati dengan Rozana. Dah pukul 9.00 malam masih di Ulu Kelang. Matapun dah mula mengantuk. Zamri yang baru datang dari Melaka pun memberitahu aku jalan jam dan dia terkandas di dalam kesesakan jalan raya hampir 5 jam. Mendengar berita itu, aku segera membuat keputusan untuk singgah dan bermalam di rumah Rozana di Sepang.
Azir, suami Rozana kebetulan setelah check-out dari KRTC, terus ke tempat beliau mengendalikan kursus di sebuah hotel di Selangor. Jadi, aku pun sebenarnya memang bercadang untuk menghantar Rozana dan Raihana pulang ke Sepang jika aku ditakdirkan pulang terus ke Melaka.
Kami melalui jalan lama UPM dan Salak Tinggi. Sesetengah tempat jalannya gelap tidak berlampu. Akhirnya pukul 11.00 malam, kami sampai di Sepang. Arif membuka laptop untuk mengetahui keputusan perlawanan bolasepak membabitkan pasukan kegemarannya, Manchester United sambil membuka Facebook. Aku cuba membuka mata tetapi akhirnya terlelap.
Keesokan paginya, selepas Subuh aku sempat membelek laptop untuk mengetahui berita-berita online. Kemudian sarapan pagi sambil berbual-bual. Anak-anak masih tidur lagi dek keletihan. Pukul 2.30 petang, kami berangkat pulang ke Melaka.
Sesekali dapat menelusuri kehidupan adik-adik, seronok rasanya. Masing-masing sudah berkeluarga dan punya anak-anak. Ini dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin. Emak selalu berpesan, jika ada masa, sering berkunjung ke rumah mereka bila ada kenduri-kendara tetapi aku jarang dapat berbuat demikian.
Masing-masing sibuk dengan haluan mereka. Mengetahui kehidupan mereka sungguh menyeronokkan tambahan mereka bahagia dengan keluarga sendiri. Bukan selalu dapat begini...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan