Setelah hampir 2 minggu merancang untuk mengadakan hari keluarga, akhirnya pada 25 Disember 2009 semua ahli keluarga Ayup dapat berkumpul di Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC). Dari Melaka, aku, Amir dan Niza bertolak bersama ahli keluarga masing-masing pukul 8.30 pagi dan berkumpul di R&R seremban.
Dari sana, kami berkonvoi melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Shah Alam sebelum melalui Lebuhraya Guthrie dan masuk semula ke Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Buloh. Perjalanan selama lebih kurang 2 jam dari Melaka ini akhirnya melalui Plaza Tol Tanjung Malim dan terus ke KRTC.
Dari Kuala Lumpur, Azilah, Suhaina, Rozana, Yati, Zamry dan Azhar sampai lebih awal. Mereka melalui jalan lama iaiatu melalui Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu dan terus KRTC. 3 orang tidak dapat hadir dalam majlis ini iaitu Azmi, Zainab dan Saufi kerana urusan kerja.
Kalumpang atau KRTC ni memang cantik tempatnya. Sejuk sungguh airnya. Tempat-tempat penginapan di kiri-kanan jeram di mana ada jambatan tetapi awas, batu-batu di dalam air ni licin-licin belaka. Tempat ini memang sesuai untuk membawa keluarga untuk berehat. Aman sungguh!
Aturcara Hari Keluarga Ayup pada hari pertama dimulakan dengan acara sukaneka untuk anak-anak yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan B - Gagak, Kumpulan A - Garuda dan Kumpulan C - Wonderpet. Masing-maing kena buat tagline untuk kumpulan masing-masing.
Berbagai acara diadakan seperti baling belon berair, mencari gula-gula dalam tepung, membawa bola ping-pong dengan sudu dan mengisi air ke dalam botol. Selepas solat Asar, diadakan permainan untuk orang dewasa iaitu mencari barang misteri dan mencari pasangan.
Petang tu, selepas selesai acara sukaneka, masing-masing berendam di dalam air. Pukul 6.30 petang, masing-masing bersiap untuk ke surau. Masuk waktu Maghrib, Azhar mengimamkan solat dan setelah selesai, kami kembali ke khemah dan mengadakan tahlil ringkas. Kemudian diadakan tazkirah untuk ahli keluarga Ayup.
Majlis penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah diadakan untuk setiap ahli keluarga. Malam itu semua ahli keluarga bergambar kenang-kenangan dan kemudian diadakan pula permainan bahasa isyarat. Kumpulan Garuda mendapat tempat pertama, kedua Kumpulan Wonderpet dan akhirnya Kumpulan Gagak.
Lewat malam, kami sempat berbual-bual di antara ahli keluarga sambil makan-makan. Ini menjadikan ikatan kekeluargaan bertambah erat. Bukan senang nak dapat berjumpa begini dek kekangan masa dan jadual seharian masing-masing. Pukul 12.30 malam, masing-masing balik ke bilik untuk tidur.
Hari kedua, aktiviti bebas. Masing-masing boleh makan dan boleh bermandi-manda di jeram. AJK Makanan tetap meneruskan agendanya iaitu memasak untuk ahli keluarga. Hari Keluarga Ayup ni memang meriah. Kami cuma menyewa kabin yang selesa di mana boleh memuatkan 8 orang sekabin.Di dalam kabin ada bilik air dan kemudahan hawa dingin. Ini ditampung melalui tabung keluarga yang kami sumbangkan setiap bulan secara berterusan.
Dari segi makanan, masing-masing keluarga akan membawa makanan seperti yang dirancangkan oleh AJK Makanan untuk dimasak atau dihidangkan. Antara yang dibawa ialah teh, gula, kopi, roti, kuih-muih, nugget, sambal, rendang dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, muai makan. Tidak ketinggalan dibawa juga peralatan memasak bagi memudahkan AJK memasak dan memanaskan lauk-pauk.
Pukul 12.00 tengah hari, semua ahli keluarga bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Selepas check-out, kami berkonvoi pulang ke rumah Aziah, melalui jalan lama. Kami melalui Kuala Kubu Baru, Ulu Yam, Gombak dan terus ke Taman Permata, Ulu Kelang. Kami sampai jam 5.30 petang.
Memang seronok jika dapat berkumpul begini. Terasa mesra dan masing-masing mula merancangkan perjumpaan keluarga berikutnya.
Ahli Jawatankuasa – Program Hari Keluarga AyupPenaung - Hj. Ayup Noh / Hjh. Khadijah Awalludin
Pengerusi - Azman Hj. Ayup
Bendahari - Azilah Hj Ayup
Setiausaha - Hjh. Fazana Hj. Ramli
AJK Permainan - Rozana Hj. Ayup & Norhayati Hj. Ayup
AJK Makanan - Rafidah Hj. Atip & Shamizah
AJK Kebersihan - Azhar Hj. Ayup & Zamri Hj. Ayup
AJK Keselamatan - Amir Hj. Ayup
Kumpulan A - GarudaAzman
Azilah
Amy
Kamarul
Ikram
Arif
Ahmad Bukhari
Afnan
Azlan
Manan
Asilah
Azim
Kumpulan B - GagakAzhar
Niza
Rafidah
Fazana
Hanim
Mira
Raihana
Azri
Adam
Mizah
Afiq
Alim
Kumpulan C - WonderpetAmir
Zamri
Zawiyah
Nizam
Saudah
Azfar
Noraisah
Arifah
Ashraf
Ali
Sayuti
Aizat
Suasana di KRTC
Sejuknya air di Kalumpang