Isnin, Januari 04, 2010

Majlis Perkahwinan Hazwan-Syikim

Pada hari Sabtu, 2 Januari 2010 yang lalu, majlis perkahwinan Hazwan dan Syikim telah diadakan di rumah pengantin lelaki di No, 7, Taman Mas, Telok Mas, Melaka. Majlis pernikahan kedua mempelai ini telah diadakan di Kg. Pasir Akar, Jerteh pada 28 November 2009.

Seawal pagi kami anak-beranak ke rumah Busu Jamil, bapa Hazwan untuk membanting tulang membantu menjayakan majlis perkahwinan ini. Alhamdulillah, pagi itu cuaca cerah dan perjalanan majlis lancar. Pukul 11.00 pagi tetamu jemputan sampai dan keadaan khemah menjadi sesak pada jam 12.30 tengah hari. Almaklumlah, Hazwan ni adalah anak sulung beliau. Mungkin kali pertama mengahwinkan anak, tentulah ramai yang datang. Turut hadir ialah ADUN Teluk Mas, YB Datuk Dr Abd Latiff Thamby Chik.

Pukul 12.40 tengah hari, paluan kompang bergema menandakan kedua pengantin digandingkan dan berjalan menuju pelamin. Kedua pengantin dipandu oleh sekumpulan anak-anak kecil berpakaian serba putih bagaikan anak pari-pari.

Sebaik bersanding di atas pelaminan, kedua-dua pihak memberi restu dengan menabur beras kunyit dan air mawar. Kemudian sesi bergambar diadakan dan pasangan pengantin terus menuju ke khemah makan untuk menjamu selera sambil diiringi sanak keluarga dari pihak pengantin perempuan.

Majlis ini agak ringkas tetapi meriah. Doa dipanjat kehadrat Allah semoga kedua mempelai berkekalan sehingga ke akhir hayat.



































1 ulasan: