Selasa, Januari 05, 2010

Sesi Persekolahan 2010 Kini Bermula

Isnin, 4 Januari 2010, sesi persekolahan baru 2010 bagi kebanyakan negeri di Malaysia bermula. Bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu telah bermula sehari lebih awal.

Bagi keluarga kami, Arif naik Tingkatan 2 di SMK(A) Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka manakala Arifah pula di Tahun 5M di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru.

Miza di Tahun 1J, SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru. Alim pula didaftarkan di Tadika Keh Seng. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan mengambil cuti rehat bagi menguruskan pelbagai perkara berkaitan persekolahan anak-anak seperti membayar yuran, membeli buku dan sebagainya. Ia juga sebagai satu sokongan kepada anak-anak sewaktu mula bersekolah. Bukan aku sahaja malah kebanyakan ibu bapa lain juga berbuat demikian.

Sesuatu yang paling menarik ialah kini bilangan anak-anak Melayu yang bersekolah di SJK Cina semakin bertambah. Tetapi alangkah baiknya jika mereka dapat bersaing sesama mereka dan menguasai ilmu dan kedudukan di dalam darjah dan persaingan ini pastinya sihat. Hanya mereka yang benar-benar kompeten sahaja akan maju ke hadapan.

Kini Arifah dan Miza akan bersekolah di SRA Jalan Datuk Palembang pada sebelah petang. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka menulis jawi dan membaca surah-surah dari Al-Quran serta tahu hukum-hakam dalam Islam.













0 ulasan:

Catat Ulasan