Gerhana matahari separa terbentuk seperti cincin.Gerhana matahari separa dirakam di Myanmar.Gerhana matahari separa dirakam di Manila, Filipina.Gerhana matahari separa dirakam di Male, Maldives.Gerhana matahari separa juga dirakam di Male, Maldives.Gerhana matahari separa dirakam di China.Gerhana matahari separa dirakam di Bangkok, Thailand.Gerhana matahari separa dirakam dari Langkawi.Gerhana matahari separa dirakam dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur.Gerhana matahari yang dirakam dari jendela BPAK, UTeM.Gerhana matahari yang dirakam dari jendela BPAK, UTeM.Orang ramai sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana selepas gerhana bulan separa pada 1 Januari lalu.
Pada kali ini, gerhana matahari anulus akan berlaku pada 15 Januari 2010 dan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur .
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) fenomena tersebut berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil berbanding matahari.
Oleh itu, matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan.
Lintasan bayang umbra bulan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia manakala selepas melepasi Afrika, lintasan tersebut melalui Lautan Hindi yang mana tempoh maksimum anular mencapai kira-kira 11 minit lapan saat.
Lintasan tersebut kemudiannya terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China .
Fenomena seperti ini pernah berlaku pada 26 Januari tahun lalu, ketika Tahun Baru Cina manakala gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia.
Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang.
Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut bermula pukul 3 petang hingga 5.45 petang.
Secara amnya, gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi agar Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya
Sehubungan itu, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 3 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.
Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan gerhana matahari separa.
Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang.
Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan menutupi Matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua sehingga liputan maksimum tercapai pada kira-kira pukul 4.25 petang.
Sentuhan akhir iaitu kira-kira pukul 5.40 petang, bayangan bulan mula hilang secara beransur-ansur.
0 ulasan:
Catat Ulasan