Hari ini 31 Mei 2009, hari minggu. Apa aktiviti aku hari ini? Entahlah... Tapi yang pasti aku bercadang untuk membawa anak-anak aku pergi makan-makan dan window shopping sahaja. Yelah, Arif tak ada, so nak bercuti tak boleh sebab tak cukup korum. Lagipun kalau dia tahu pasti dia frust...Aku mencadangkan ke Mahkota Parade sahaja kerana dah lama tak ke sana. Bukan apa kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong dan sentiasa sesak dengan pelancong baik dalam maupun luar negara.
Selepas makan fast food, kami bercadang untuk melawat Hasniza, isteri Amirudin, sepupu Ida kat Hospital Mahkota. Beliau baru mendapat cahayamata kedua malam tadi. Kami berbual hampir sejam setengah. Dan secara kebetulan, seorang rakan sekerja, Marwan melintas di hujung katil dan menegur aku. Rupanya, isteri beliau juga bersalin pagi tadi.
Dan bagi memuaskan hati anak-anakku, aku meminta mereka menaiki 'train', yang membawanya melalui jalan-jalan di hadapan kedai-kedai di Dataran Pahlawan.
Sesudah itu kami pulang. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah untuk makan malam di gerai chef di Permatang Pasir, Alai. Walaupun aktiviti ini ringkas, tapi menyeronokkan buat aku dan anak-anak.