Ahad, Mei 31, 2009

Kejutan Di Hari Lahir

Jumaat, 22 Mei 2009 merupakan hari ulangtahun kelahiranku. Tidak ada apa yang dapat aku katakan selain bersyukur kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Memandangkan hari ini merupakan hari bekerja, aku menjangkakan anak-anakku pasti tidak mengingati tarikh hari lahirku. Rupanya aku silap. Pada sebelah malam, sewaktu aku mengambil Ifa daripada tuisyennya, pintu rumah ditutup. Sebaik dibuka, anak-anak berkejaran mendakap dan mencium serta bersalaman dengan aku sambil mengucapkan selamat hari lahir. Aku rasa amat dihargai dan merekalah sumber kekuatan aku selama ini. Arif, Ifa, Miza dan Alim memberikan aku hadiah hari lahir. Tidak terketinggalan, isteri tercinta, Ida juga memberikan hadiah istimewa untuk aku. 

Aku memotong kek hari lahir dan memasukkan ke dalam piring lalu aku agih-agihkan kepada mereka. Alim paling minat dengan kek ini.

Semoga suasana begini berterusan demi menguatkan ikatan kekeluargaan yang sekian lama terjalin. Pada aku walaupun 'simple' tapi ingatan pada hari istimewa itulah yang lebih menggembirakan.









0 ulasan:

Catat Ulasan