Alim dimasukkan ke wad Aras 1-4 di Hospital Melaka pada 13 Mei 2009 kerana demam panas.
Pada sebelah pagi sewaktu ke sekolah, Alim kelihatan letih dan tidur di dalam kelas. Guru kelas menghantarnya pulang kerana demam panas. Ida, isteriku diberitahu oleh ibu mertuaku tentang keadaan Alim. Ida bergegas membawa Alim ke Klinik Amal untuk mendapatkan rawatan.
Setelah dua jam pulang dari klinik, suhu badan Alim tidak juga berkurangan malah dia sakit kepala. Suhu badan mencecah 40 darjah Celcius. Ida memaklumkan kepada aku ketika perkara ini sewaktu aku sedang mengadakan perbincangan dengan staf unit. Aku meminta Ida membawa Alim ke hospital sementara aku ke rumah ibuku.
Aku dan Ida membawa Alim ke Unit Kecemasan Hospital Melaka. Dengan keadaannya yang keletihan, aku terpaksa mendukung Alim. Aku dinasihatkan ke Poliklinik Peringgit untuk mendapatkan rawatan. Memang tidak berapa ramai pesakit. Pemeriksaan kesihatan dan ujian darah dibuat terhadap Alim. Alim disyaki mendapat penyakit meningitis.
Alim dibawa dengan ambulan ke Hospital Melaka. Sebaik tiba di Unit Kecemasan, Alim ditempatkan di khemah khas untuk pesakit meningitis. Kesian aku lihat dia keseorangan di dalam khemas khas tu. Geram pun ada. Semua pembantu hospital seolah-olah menjauhi diri daripada beliau. Mujur ada doktor yang datang merawat dan memaklumkan bahawa walaupun ada tanda-tanda seperti meningitis tetapi ia bukan penyakit tersebut. Alim dimasukkan ke wad biasa.
Alim masih keletihan dan suhu badannya juga lambat turun. Masih sekitar 39 dan 38 darjah Celcius. Aku hanya mampu berdoa agar suhu badannya beransur turun dan moga cepat sembuh. Aku terpaksa bercuti untuk menguruskan persekolahan anak-anakku.
Hari Jumaat, 15 Mei 2009 aku dimaklumkan oleh Ida, Alim dah berlari kat hospital. Lega rasanya. Pada sebelah tengah hari, Alim dibenarkan keluar daripada Hospital Melaka. Walau bagaimanapun, Alim kena menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan doktor selama seminggu. Moga Alim cepat sembuh...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
alim...
BalasPadamdah sehat yer?
take care,ok?
btw,sy tgk gambar tuan g fun drive tu ada sorang mcm kwn husband saya. zam nama dia..yg posing sorang2..dia budak johor kan?ex Uitm?
betul tak?atau pelanduk dua serupa sajer?
Tul ler tu, Harulrizam...
BalasPadam