Ahad, Mei 10, 2009

Sukaneka Tadika JAIM Zon Tenggara 2009

Kadang-kadang disebabkan oleh anak-anak, ibu bapa juga perlu memberikan komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak tadika.

Sukaneka JAIM Zon Tenggara 2009 telah diadakan pada 9 Mei 2009 di padang Sekolah Kebangsaan Telok Mas. Tadika JAIM dari berbagai cawangan mengadakan aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim di antara cawangan. Pelbagai acara diadakan.

Oleh kerana di awal pagi sebelum sukaneka diadakan hujan lebat, maka keadaan padang menjadi becak. Ini menjadikan aktiviti yang dijalankan tidak begitu lancar.

Alim mewakili Tadika JAIM Pengkalan Jajar, Alai. Acara yang diwakilinya ialah membawa belon air. Walaupun tidak menang, tapi perasaan ibu bapa melihat anaknya mengambil bahagian dalam aktiviti sukan sekolahnya tentulah gembira. Aktiviti yang dimulakan pada jam 9.00 pagi berakhir jam 1.00 tengah hari.


Kanak-kanak daripada Tadika JAIM Pengkalan Jajar, Alai berbaris membawa bendera.


Sungguh bersemangat kanak-kanak ini...

Patriotik sungguh...



Meriah sungguh...


Angkat tinggi sikit...

Miza..


Alim, gatal ke badan tu?

Lari jangan tak lari...


Ni sukaneka atau main becak?

0 ulasan:

Catat Ulasan