Rabu, Julai 07, 2010

Pelajar Praktikal Tamat Latihan

Jumaat, 2 Julai 2010 merupakan hari terakhir bagi dua orang pelajar menjalani latihan praktikal di Perpustakaan UTeM. Mereka ialah Azraai Abidin dan Suraya Mohd Yusof.

Kedua pelajar dari Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM Shah Alam ini mula menjalani latihan praktikal pada 3 Mei 2010. Mereka ditempatkan di unit-unit di perpustakaan mengikut tempoh waktu yang dijadualkan oleh pihak pentadbiran bertujuan memahami proses kerja di Perpustakaan UTeM. Kedua pelajar ini dapat melihat secara realiti proses kerja di perpustakaan di samping mempersiapkan diri memasuki alam pekerjaan suatu hari nanti.

Di antara unit yang ditempatkan kepada pelajar ini ialah Unit Pentadbiran, Unit Automasi, Unit Pengindeksan, Unit Perolehan Jurnal, Unit Pertukaran Bahan/Hadiah, Unit Perolehan Buku, Unit Sirkulasi/Media serta Unit Rujukan.

Pukul 9.00 pagi, sebaik tamat majlis tazkirah jabatan, suatu majlis penghargaan ringkas diadakan bagi menghargai jasa kedua pelajar berkenaan yang banyak membantu unit-unit semasa tempoh latihan mereka.

Kedua pelajar ini diminta menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang berada di Bilik Tayangan 2 itu. Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek, Timbalan Ketua Pustakawan menyampaikan cenderamata kepada kedua pelajar ini sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis berakhir jam 10.00 pagi bila mana semua hadirin dijemput menjamu selera.










0 ulasan:

Catat Ulasan