Khamis, Julai 08, 2010

Menyampaikan Ceramah Perpustakaan

Rabu, 7 Julai 2010 yang lalu aku telah diminta oleh Ketua Pustakawan untuk mewakili beliau bagi menyampaikan ceramah bertajuk 'Tadbir Urus Perpustakaan'.

Ceramah ini sempena Program UTeM Terbilang 2010 (Orientasi, Aku Janji Staf Baru & Induksi Khusus) Siri 2/2010 yang diadakan di Auditorium Canselori, UTeM. Beberapa jabatan di UTeM disediakan slot untuk ceramah bagi menjayakan program tersebut.

Seramai 80 orang staf baru terlibat dengan program ini. Slot ceramah mengenai perpustakaan disediakan bagi memberi penerangan mengenai pengurusan perpustakaan dan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan kepada staf-staf baru yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran.

Arman Mohamad, Pustakawan Kanan yang juga rakan sekerja aku turut serta di dalam ceramah tersebut.

Ceramah yang bermula pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.



0 ulasan:

Catat Ulasan