Ahad, Oktober 19, 2008

Allahyarham Hj. Atip Bin Ali, AMN (1942-2006)















Allahyarham Tuan Hj. Atip bin Ali merupakan ayah mertuaku. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang pendidik dan juga seorang pejuang bangsa. Beliau banyak menghabiskan masanya berbakti kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Kampung Alai khususnya melalui UMNO. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah Ketua UMNO Cawangan Alai, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan UMNO dan lain-lain lagi.

Nama Allahyarham Tuan Hj. Atip dikenali dalam bidang perundangan apabila kes beliau melawan Tan Sri Rahim Tambychik menjadi rujukan pelajar perundangan. Antaranya melalui laman web http://www.geocities.com/CapitolHill/2299/civil.html, disebut:

Atip bin Ali v Josephine Doris Nunis & Anor [1987] 1 MLJ 82 — 2 [100]
Karpal Singh v Atip bin Ali [1987] 1 MLJ 291 — 2 [1273]
Karpal Singh v Atip bin Ali [1987] 1 MLJ 291 — 2 [1286]

Dalam laman web The Malaysian Bar http://www.malaysianbar.org.my/content/view/2333/27/, nama beliau juga dicatat seperti petikan berikut:

"3. An advocate and solicitor is an officer of the court and his professional conduct is always under the supervision and scrutiny of the court, and that when there is dereliction of duty on the part of the advocate and solicitor in the conduct of his professional work the court may, in a proper case, order him to be personally liable for the costs of the proceedings after giving him an opportunity to defend himself: per Seah SCJ in Karpal Singh v. Atip bin Ali, supra;"

Di atas penglibatan kemasyarakatan dan jasa yang pernah ditaburkan oleh beliau, Allahyarham pernah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN). Beliau sangat disenangi rakan dan lawan di dalam politik.

Nasib Allahyarham tidak begitu baik, sebaik sahaja bersara sebagai pendidik, beliau dijangkiti penyakit kencing manis tetapi tidak begitu serius. Pada sekitar tahun 1998, beliau mendapat penyakit kanser usus tetapi berjaya menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Banda Hilir.

Dengan keadaan kesihatan tidak yang tidak mengizinkan beliau dari terus berpolitik, aktiviti kemasyarakatan yang disertainya terpaksa dikurangkan. Walau bagaimanapun, beliau masih aktif menyertai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan sekadar yang termampu.

Pada sekitar awal Julai 2006, beliau mengidap penyakit di bahagian paru-paru dan juga jantung. Pada 10 Julai 2006, beliau dikejarkan ke Hospital Putra akibat komplikasi pada jantung, paru-paru dan juga buah pinggang. Beliau terlantar dalam keadaan koma dan segala usaha untuk menyelamatkan tidak berhasil. Pada 14 Julai 2006, lebih kurang pukul 3.30 petang, pihak Hospital Putra menghantar beliau pulang dengan ambulan. Pada jam 4.20 petang, apabila segala usaha tidak berhasil, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya di sisi ahli keluarga termasuk anak-anak, menantu dan cucu beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak di mana 2 daripadanya perempuan dan 15 orang cucu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Al-Fatihah...













Allahyarham bergambar bersama isterinya.













Kenangan kami sekeluarga bergambar semasa raya beberapa tahun dulu.
















Kenangan Muhammad Arif bersama atuknya.

0 ulasan:

Catat Ulasan