Jumaat, Oktober 03, 2008

Sambutan Hari Raya 1429H

Sambutan Hari Raya pada tahun ini agak sederhana sahaja.

Memandangkan isteri tercinta orang Alai, Melaka dan aku pulak orang Bukit Palah, biasanya sehari tu dah kira boleh 'cover' 2 keluarga. Tahun ni tidak seperti tahun-tahun sudah di mana aku lewat sikit. Maklumlah, anak dah ramai, kenalah bertolak-ansur.

Lepas bersiap, aku bermaaf-maafan dengan mak mertuaku, Hajah Munah dan juga isteri dan anak-anakku. Kemudian aku dengan anak aku, Muhammad Arif dan birasku, Farouk bergegas ke Masjid Alai.

Lepas Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga menziarahi pusara Arwah Haji Atip bin Ali, bapa mertuaku. Setelah selesai, aku terus menziarahi pusara nendaku, Arwah Hajah Empah bt. Wahab. Kemudian terus ke rumah ayahanda dan bondaku, Haji Ayup bin Noh dan Hajah Khadijah bt. Awaluddin.

Setelah bersalaman, aku sekeluarga dijamu dengan ketupat dan rendang serta kuih-muih. Paling aku suka ialah rendang ibu, tak pedas dan yang pasti tidak akan berhenti melainkan setelah kenyang.

0 ulasan:

Catat Ulasan