'Alhamdulillah isteri selamat melahirkan seorg puteri pd jam 12.00 mlm td..', begitulah kandungan SMS yang aku terima daripada Zulkarnaen jam 8.45 pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar Arif dan Miza ke Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran di Masjid Al-Azim. Aku segera membalas SMS beliau dan mengucapkan tahniah sambil mencongak-congak untuk melawat Izan di Hospital Besar Melaka tengah hari nanti. Aku segera SMS Zul untuk mendapatkan maklumat mengenai bilik di mana Izan ditempatkan.
'Ktil 2-2-24 wad baru', begitulah bunyi SMS Zul yang bermaksud tingkat 2, bilik no. 2 dan katil 24. Sebaik selesai Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran, aku, Arif dan Miza ke Hospital Besar Melaka yang terletak beberapa meter bersebelahan Masjid Al-Azim.
Pukul 1.30 petang, kami bertiga mencari katil 24 dan akhirnya sampai juga di bilik berkenaan. Kebetulan belum ada yang melawat mereka pada waktu itu. Yang ada hanyalah Zul, Izan, emak Zul, anak sulungnya dan 'orang baru'.
Sebaik sampai, kami bersalaman dan berbual. Menurut Zul, Izan melahirkan anak secara normal pada jam 12.30 pagi tadi. Beliau hanya sedar isterinya sudahpun dipindahkan ke wad jam 7.30 pagi tadi sedangkan beliau masih di ruang menunggu di labour room. Mungkin pihak hospital terlupa memaklumkan kepada beliau yang isterinya sudahpun bersalin.
Namun beliau bersyukur kerana anak keduanya ini sihat. Bayi seberat 2.75 kg ini masih belum diberikan nama kerana menurut beliau belum 'dimuktamadkan' kerana masing-masing masih mencari nama yang bersesuaian dengan bayi perempuan ini. Kali terakhir Izan bersalin anak sulungnya ialah pada tahun 2007 dan beliau sentiasa berhati-hati kerana bimbang komplikasi pada kandungannya.
Zul dan Izan merupakan staf Perpustakaan UTeM yang bertugas di Kampus Bandar dan merupakan antara orang yang terawal bertugas di UTeM. Kedua-duanya berkenalan di perpustakaan dan akhirnya mendirikan rumahtangga beberapa tahun lalu.
Sambil berbual, sempat aku melihat keletah anak sulungnya yang mengusap-usap pipi adiknya walaupun sedikit kasar. Namun begitu, Izan secara lembut menegur anaknya supaya sayang kepada adiknya. Barangkali 'jealous' dengan kedatangan 'orang baru' agaknya...
Setelah hampir setengah jam aku meluangkan masa bersama keluarga ini, kami bertiga meminta diri kerana urusan lain. Aku berdoa dan berharap dengan kehadiran seorang puteri dalam keluarga Zul, keluarga ini akan menjadi lebih bahagia. Dan seperti ungkapan emak aku suatu masa dulu, orang tak tanyakan berapa wang ringgit yang kita ada sebaliknya orang bertanyakan zuriat kita...
Foto ihsan: Muhammad Arif Azman
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
waa sempat en. azman beli hadiah baby.. express tul!! :)tahniah juga buat abg zul dan kak izan..
BalasPadamSementara ada masa lapang...gi jap. Dah dekat tu..
BalasPadamala bestnyer tgk baby.................
BalasPadamTeringin ker Linda?...udah..udah tu!!!
BalasPadam