Memaparkan catatan dengan label KIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KIK. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 27, 2010

Persembahan Cadangan Penyelesaian Masalah KIK

Satu persembahan bagi kumpulan-kumpulan yang menyertai KIK Perpustakaan UTeM telah diadakan pada jam 9.00 pagi semalam bertempat di Bilik Tayangan 2, Perpustakaan UTeM. Sesi pembentangan dikelolakan oleh Penyelaras KIK, Mohd Mawardi Badruddin.

Sebanyak 7 kumpulan membuat persembahan manakala 1 kumpulan lagi tidak bersedia dengan persembahannya. Kumpulan-kumpulan ini mempersembahkan cadangan penyelesaian masalah yang dibawa hasil daripada perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Sebelum ini satu persembahan mengenai pemilihan permasalahan KIK telah diadakan di tempat yang sama pada 2 Julai 2010. Peserta dari setiap kumpulan bebas untuk memberikan cadangan bagi tujuan penambahbaikan hasil pembentangan agar ianya menjadi lebih mantap.

Kumpulan Jitu membentangkan masalah kurang kesedaran peminjaman bahan di kalangan staf akademik manakala kumpulan aku, L-Care pula memilih masalah kesilapan-kesilapan dalam proses penghantaran bahan ke Unit Sirkulasi.

Kumpulan Strategi membawa permasalahan kesukaran mencari dokumen perjanjian terdahulu manakala kumpulan Aspirasi memilih masalah bagaimana menggalakkan pengguna meminjam bahan di rak terbuka yang tidak pernah dipinjam.

Kumpulan Idea memilih masalah kehadiran pelajar yang kurang di perpustakaan manakala kumpulan Fastive mengambil masalah proses mendigitasi bahan koleksi khas/PSM yang lambat.

Kumpulan Global merupakan kumpulan terakhir membentangkan cadangan penyelesaian dan memilih masalah kehilangan majalah setelah disusun di rak majalah kini.

Dalam sesi ulasan Ketua Pustakawan berpuas hati dengan prestasi pembentangan dan berharap setiap kumpulan boleh meningkatkan kualiti pembentangan dengan penambahan data-data yang menyokong kepada permasalah yang dipilih.

Sesi pembentangan tamat jam 1.30 petang





Rabu, Julai 07, 2010

Persembahan Permasalahan KIK Perpustakaan

Jumaat, 2 Julai 2010 lalu telah diadakan aktiviti persembahan permasalahan KIK Perpustakaan UTeM. Aktiviti ini diadakan di Bilik Tayangan 2 pada jam 2.45 petang. Sesi pembentangan dikelolakan oleh Penyelaras KIK, Mohd Mawardi Badruddin.

Sebanyak 8 kumpulan mempersembahkan permasalahan yang dibawa daripada perbincangan kumpulan masing-masing. Ketua Pustakawan mendengar dan menilai sama ada projek kumpulan berkenaan boleh diluluskan atau sebaliknya.

Kebanyakan kumpulan membawa permasalahan di unit-unit dan juga yang berkaitan dengan pengguna perpustakaan. Setiap kumpulan diminta membentangkan permasalahan dalam tempoh 10 minit sahaja. Soal-jawab daripada peserta dibenarkan dan ada juga tajuk-tajuk yang agak sensitif yang cuba dibawa oleh kumpulan tetapi dapat disesuaikan tajuknya.

Sesi pembentangan tamat jam 5.30 petang sebaik sesi soal-jawab selesai.


Selasa, Mac 30, 2010

Bengkel Pengukuhan Projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Pagi tadi aku menghadiri Bengkel Pengukuhan Projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di Bayview Hotel, Jalan Bendahara, Melaka.

Bengkel dua hari iaitu pada 29 dan 30 Mac 2010 ini anjurkan oleh Unit Latihan, Pejabat Pendaftar, UTeM. Bengkel dikendalikan oleh Encik Mohd Ehsan bin Amin, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Bengkel bermula jam 8.30 pagi dihadiri seramai 26 orang peserta dari pelbagai jabatan di UTeM. Ceramah menyentuh tentang Projek KIK, proses PDCA, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang merangkumi fasa pengenalan dan definisi projek. Pada hari kedua, LDK2 menyentuh tentang fasa analisa peluang penambahbaikan dan cadangan KI serta pelaksanaannya.

LDK3 pula berkisar tentang fasa pemantauan dan penyeragaman, pencapaian dan ciptaan nilai dan yang terakhir ialah teknik persembahan projek.

Bengkel Pengukuhan Projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ini memang bermanfaat berbanding bengkel KIK yang pernah aku hadiri sebelumnya. Peserta bebas bertanya dan penceramahnya juga sangat mesra.

Benar kata orang, kalau berguru, biarlah dengan orang yang berilmu, dan ilmu tentang KIK ini sendiri telah dipelopori oleh UiTM sehinggakan IPTA ini pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

Hari Pertama






Hari Kedua