Tengah hari tu Ida dah bawa balik semua anak-anak. Jadi aku tidaklah perlu bersusah-payah menguruskan anak-anak sebaliknya mudah bagi aku bersembahyang Jumaat di Masjid UTeM.
Senyap-sunyi. Di mana anak-anak agaknya? Aku membuka pintu bilik. Dari satu bilik ke bilik yang lain.
Dan sebaik aku membuka pintu bilik Arif, terkejut aku melihat dua 'pahlawan kecil' di dalam bilik sedang beraksi. Rupanya ada spiderwoman dan superman sedang melakukan aksi-aksi seperti mana dalam filem. Mereka tiba-tiba berhenti dari melakukan aksi dan terus memeluk aku. Aku tersenyum melihat gelagat mereka.
Hmm...rupa-rupanya Miza beraksi menjadi spiderwoman manakala Alim menjadi superman. Dan yang pasti mood cuti sekolah sudahpun bermula....
0 ulasan:
Catat Ulasan