Memaparkan catatan dengan label renang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renang. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 11, 2010

Arif Menyertai 3rd Leg SportExcel Junior Swimming Circuit

Jumaat, 6 Ogos 2010. Hari ini Arif bertolak ke Cheras untuk menyertai Grand Final 3rd Leg SportExcel-Milo-NSC-ASUM Junior Swimming Circuit yang telah diadakan di Kompleks Renang Kuala Lumpur, di Bandar Tun Razak, Cheras pada 7 dan 8 Ogos 2010. Kali ini pertandingan dianjurkan oleh Kuala Lumpur Amateur Swimming Association (PRAKL).

Pada jam 4.30 petang, Ida menghantar Arif ke Pangsapuri Sri Siantan di mana semua peserta yang mewakili Kelab Rakan Akuatik Remaja berkumpul. Mereka kemudian menaiki beberapa buah kenderaan untuk ke sana.

Pertandingan kali tidak menampakkan hasil yang begitu baik. Boleh dikatakan kelima-lima acara yang ditandingi Arif melewati masa terbaik yang pernah dicatatkan oleh dirinya sebelum ini.

Dalam acara 50 meter backstroke, Arif mencatat masa 1:12.63 saat namun kiraan masanya tidak diambilkira disebabkan faktor lewat mendaftar. Oleh itu beliau mendapat kedudukan terahir daripada 53 orang peserta yang mengambil bahagian.

Dalam acara 100 meter breaststroke, masa yang dicatatkan ialah 2:08.92 saat dan menduduki tempat ke-57 daripada 60 peserta. Dalam acara 50 meter butterfly pula, Arif menduduki tempat ke-56 daripada 59 peserta yang bertanding dengan masa 59.37 saat. Bagi acara 100 meter butterfly, masa dicatatkan ialah 1:58.58 saat dan menduduki tempat ke-71 daripada 72 orang peserta.

Dalam acara 50 meter breaststroke, catatan masa beliau ialah 54.93 saat dan hanya mampu menduduki tempat ke-71 daripada 86 peserta. Acara terakhir yang disertai oleh Arif ialah acara 50 meter free style di mana Arif mendapat tempat ke-91 daripada 96 peserta dengan catatan masa 49.99 saat.

Arif sewaktu balik memaklumkan kepada aku catatan masanya kali ini tidak begitu baik. Aku mengangguk dan memahami situasi beliau. Katanya kali ini banyak kekecohan berlaku daripada masa nak bergerak ke Cheras hinggalah balik.

Sebagai bapa aku hanya mampu memberikan dorongan. Selebihnya usaha beliau sendiri.

Rabu, Julai 14, 2010

Arif Menyertai 2nd Leg SportExcel Junior Swimming Circuit

Sabtu, 10 Julai 2010. Arif yang ketinggalan bas untuk menyertai 2nd Leg SportExcel Junior Swimming Circuit di Pusat Akuatik Paroi, Seremban menumpang kereta Uncle Rajan.

Pukul 6.30 pagi aku hantar Arif ke rumah Uncle Rajan di Flat Sri Siantan, Bukit Baru. Mereka kemudian bergegas bertolak ke Paroi, Seremban kerana Arif akan bertanding pada pagi itu. Pertandingan renang ini berlangsung dari 10 hingga 11 Julai 2010.

Kali ini Arif menyertai 6 acara. Dalam acara 50 meter backstroke, beliau mendapat DQ dan dibatalkan keputusannya kerana melanggar peraturan pertandingan. Acara ini bukanlah acara kegemaran beliau.

Dalam acara 100 meter breaststroke, Arif menduduki tempat ke-49 daripada 57 peserta dengan catatan masa 2:00.58 saat. Catatan masa peribadi Arif kali ini lebih baik berbanding masa yang dicatatkan sebelum ini iaitu 2:06.86 saat.

Bagi acara 50 meter butterfly pula, Arif mencatat masa 59.56 saat dan menduduki ranking masa 62 daripada 66 peserta.

Dalam acara 100 meter freestyle, beliau mencatat masa 1:47.87 saat dan menduduki tempat ke 61 daripada 68 orang peserta.

Acara 50 meter breaststroke, Arif mencatat masa 54.19 saat dan menduduki tempat ke-54 daripada 79 peserta. Catatan masa beliau lebih baik daripada catatan masa sebelum ini iaitu 56.49 saat.

Acara terakhir yang diserta Arif ialah 50 meter freestyle. Catatan masa Arif ialah 41.92 saat dan menduduki tempat ke-65 daripada 83 orang perenang. Catatan masa peribadi Arif lebih baik daripada catatan terdahulu iaitu 43.77 saat.

Arif pulang menaiki bas yang disediakan oleh Kelab Rakan Akuatik Remaja (RAR) dan sampai di Melaka jam 7.00 malam.

Apapun aku ucapkan tahniah kepada anak sulung aku ini di atas catatan masa peribadinya yang semakin baik. Bagi Kelab Rakan Akuatik Remaja (RAR), kedudukan kelab di tempat ke-22 dengan mengumpul 27 mata.

Pertandingan seterusnya ialah 3rd Leg SportExcel Junior Swimming Circuit yang akan diadakan di Kompleks Renang Kuala Lumpur, Cheras pada 7 dan 8 Ogos 2010.

Semoga Arif akan terus berjaya...







Jumaat, Mei 14, 2010

Arif Mewakili RAR

Jumaat, 7 Mei 2010 Arif bersama lebih 15 orang peserta yang mewakili Kelab Rakan Akuatik Remaja (RAR) bertolak ke Shah Alam dengan 4 buah kereta untuk menyertai 1st Leg SportExcel Junior Swimming Circuit 2010 di Pusat Akuatik Darul Ehsan(PADE). Kumpulan ini bertolak pada jam 3.30 petang dan menginap di Hotel Carlton Holiday.

Arif menyertai tiga acara iaitu 50 meter breaststroke, 50 meter free style dan 100 meter breaststroke. Pertandingan dijalankan pada hari Ahad, 9 Mei 2010. Arif tidak mensasarkan kemenangan tetapi sekadar cuba memperbaiki masa peribadinya.

Bagi acara 50 meter breaststroke, masa yang dicatatkan ialah 56.49 saat iaitu pada kedudukan ke-84 daripada 127 orang peserta. Dalam acara 50 meter freestyle, masa yang dicatatkan ialah 43.77 saat di mana beliau berada di kedudukan ke-88 daripada 104 peserta. Bagi acara 100 meter breaststroke, catatan masa Arif ialah 2:06.86 saat iaitu kedudukan ke-66 daripada 86 orang peserta.

Petang itu busunya yang tinggal di Putra Height, Roziah dan Farok bersama anak-anaknya sempat menjenguk Arif di kolam renang. Yelah, anak buah bertanding. Datang beri semangat...

Memandangkan ini adalah penyertaan sulung Arif pada tahun 2010, masa yang dicatatkan itu memadai sebagai catatan permulaan dan berharap beliau dapat memperbaiki masa peribadinya pada beberapa kejohanan akan datang. Pertandingan seterusnya, 2nd leg bakal diadakan di Seremban pada bulan Julai nanti.

Lawan tetap lawan....

Foto: Thanx Farok & Roziah













Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE)

























Arif bersedia untuk terjun ke kolam.
























Arif berbual dengan busunya, Roziah Hj. Atip
























Arif bersama Farhana dan Farhan.


Kedudukan RAR dalam pertandingan.


Laman web ASUM


Imbasan: Arif sewaktu mewakili RAR dalam Kejohanan Renang Sportexcel-Milo-NSC di Pulau Pinang pada 7-8 Julai 2007


Peserta bergambar beramai-ramai...


Menikamati sarapan...

Isnin, Mac 08, 2010

Mengisi Masa di Hujung Minggu

Seperti yang telah dijanjikan, petang semalam aku membawa anak-anak ke Kompleks Renang MBMB di Banda Hilir. Itupun setelah semua kerja sekolah yang dibekalkan guru masing-masing siap semuanya. Pukul 5.00 petang, kami masuk ke kompleks tersebut. Hari ini memang ramai pengunjung ke kompleks berkenaan kerana cuti hujung minggu.

Setelah hampir dua jam, sesi renang tamat. Kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar runtuhan A Famosa dan kemudian mendaki Bukit St. Paul. Ramai sungguh pengunjung. Ada yang merakamkan foto mereka berlatarbelakangkan bangunan bersejarah, ada yang tawar-menawar untuk membeli cenderahati serta ada juga yang memainkan gitar menghiburkan pengunjung.

Di laluan pejalan kaki di cerun bukit itu, kelihatan sekumpulan pemuda bersedia dengan kamera masing-masing untuk merakamkan keindahan matahari petang 'terbenam' di laut. Aku juga sempat merakamkan fenomena ini untuk tatapan semua.
Arif, Ifa, Miza dan Alim juga tidak lepaskan peluang bergambar di atas bukit ini.

Akhirnya, sewaktu hampir Maghrib, kami pulang ke rumah. Dapatlah hujung minggu ini diisikan dengan perkara yang berfaedah.











Jumaat, Mac 05, 2010

Belajar Renang















Dua hari lepas, rakan sekerja, Sabariah bertanyakan aku bagaimana anak-anaknya dapat menyertai kelas renang seperti yang disertai oleh empat orang anak-anakku. Aku memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang kelas tersebut. Sabariah berjanji untuk membawa anak-anaknya keesokan harinya. Sungguh teruja sekali anak-anaknya untuk mendapatkan ilmu renang ini.

"Encik Azman nanti minta bayaran bulanan murah..," pinta Sabariah.

"Jangan risau, nanti saya usahakan..," balas aku semula.

Tengah hari tadi, aku menghantar SMS kepada Rajan, pemilik Kelab Renang R&R untuk meminta bayaran murah dan dia membalas setuju.

Malam tadi seperti yang dijanjikan, Sabariah membawa dua orang anaknya manakala Kamariah mendaftarkan anak lelakinya. Setelah mendaftar, ketiga-tiga kanak-kanak itu memulakan latihan di kolam renang. Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun pada peringkat awal, anak sulung Kamariah menangis, mungkin terkejut atau panik.

Kanak-kanak memang macam tu..lama-kelamaan pandailah dia...

Aku gembira kerana mereka inginkan kemajuan untuk anak-anak mereka seperti mana aku. Bukankah mempelajari suatu ilmu baru itu diibaratkan berhijrah ke dunia baru?

Selasa, Januari 19, 2010

Belajar Renang





Mulai 14 Januari 2010, Alim dan Miza mula menghadiri kelas renang R&R. Kelas yang diadakan dua kali seminggu ini bertujuan untuk memahirkan diri dengan teknik-teknik berenang dan keselamatan di dalam air.

Kelas diadakan pada hari Khamis dan Jumaat di Kompleks Renang MBMB di Banda Hilir dari jam 8.30 hingga 10.15 malam.

Lucunya, Alim mula-mula tu takut nak masuk ke dalam kolam yang besar yang kedalamannya 3 meter tetapi bila dipujuk, dia setuju. Kemudian, bila Miza dan Fateha ajak dia berenang, terus berani.

Semoga keduanya cepat pandai....

Sabtu, November 01, 2008

Arkib: Arif Terima Hadiah Renang















Gambar foto ini dirakam pada 25/8/2006 di mana Muhammad Arif, putera sulungku menerima cenderamata dalam satu pertandingan renang di Kompleks Renang MBMB di Melaka. Hadiah ini merupakan satu galakan kepada beliau untuk terus maju dalam bidang sukan dan mewakili sekolah. Beliau bersekolah di SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka.