Memaparkan catatan dengan label JAIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAIM. Papar semua catatan

Isnin, November 30, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Tadika JAIM Pangkalan Jajar

Hari Jumaat, 20 November 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009. Pada hari tersebut Alim dan Miza menerima hadiah masing-masing daripada pihak sekolah.
Memandangkan majlis dijalankan serentak di dua lokasi berbeza, hanya satu sahaja majlis dapat dirakamkan.

Miza yang juga merupakan bekas pelajar Tadika JAIM Pangkalan Jajar, kini bersekolah di Sekolah Tadika Keh Seng. Pada pertengahan tahun, Miza mendapat keputusan yang baik iaitu mendapat tempat pertama di dalam kelas. Dan seperti diduga, pada peperiksaan akhir tahun, beliau mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Aku bersyukur dan bangga dengan pencapaian Miza kerana bukan mudah kaum Melayu boleh mengatasi kaum Cina di sekolah tersebut. Miza juga mendapat hadiah sukan berupa dua buah piala.



Dan bagi Alim, walaupun mendapat tempat keempat di dalam kelas, masih boleh menerima hadiah kerana hadiah yang disediakan Tadika JAIM sehingga tempat kelima. Alim ni pada pandangan aku anak yang cerdik tetapi kurang berusaha dan agak bersahaja. Mungkin belum masanya lagi untuk dia difokuskan dengan segala perkara secara serius. Pada Majlis Penyampaian Hadiah ini juga, Alim turut mengadakan persembahan secara berkumpulan bersama rakan-rakannya. Pada tahun hadapan, Alim mungkin tiada di sekolah ini lagi...



Jumaat, Julai 10, 2009

Lawatan Tadika JAIM

Hari Selasa, 7 Julai 2009, Alim mengikuti lawatan sekolah Tadika JAIM Pangkalan Jajar, Alai ke tempat-tempat menarik di Negeri Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk meluaskan pengalaman kanak-kanak tadika di samping mengenali tempat-tempat riadah. Seramai 40 orang mengikuti lawatan ini termasuk guru-guru tadika dan ibu bapa mereka. Selain Alim, lawatan ini disertai ialah Mak Munah, Ida, Ifa dan Miza.

Lawatan yang bermula pada jam 8.30 pagi tamat pada jam 2.00 petang. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Eye On Malaysia, Menara Taming Sari, menaiki feri di Sungai Melaka dan menaiki bas dua tingkat (London Bus) serta makan di KFC Mahkota Melaka.

Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua pelajar Tadika JAIM....