Memaparkan catatan dengan label Alim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alim. Papar semua catatan

Selasa, Januari 05, 2010

Selamat Hari Lahir Miza & Alim

Seperti tahun-tahun yang lalu, menyambut hari lahir kedua anak ini, Miza dan Alim ialah selepas tahun baru. Pada 2 Januari setiap tahun, umur Miza dan Alim akan bertambah setahun lagi dan kali ini sambutannya tidak dapat diadakan kerana majlis perkahwinan Hazwan.

Namun bagi tidak menghampakan, pada 3 Januari 2010, kami menyambutnya dengan sebiji kek aiskrim. Sungguh gembira kedua anak ini terutama Miza yang sememangnya inginkan kek tersebut.

Selamat Hari Lahir Ke-7, Miza!
Selamat Hari Lahir Ke-6, Alim!

Aku mendoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki bagi kedua putera-puteri aku ini...



















Isnin, November 30, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Tadika JAIM Pangkalan Jajar

Hari Jumaat, 20 November 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009. Pada hari tersebut Alim dan Miza menerima hadiah masing-masing daripada pihak sekolah.
Memandangkan majlis dijalankan serentak di dua lokasi berbeza, hanya satu sahaja majlis dapat dirakamkan.

Miza yang juga merupakan bekas pelajar Tadika JAIM Pangkalan Jajar, kini bersekolah di Sekolah Tadika Keh Seng. Pada pertengahan tahun, Miza mendapat keputusan yang baik iaitu mendapat tempat pertama di dalam kelas. Dan seperti diduga, pada peperiksaan akhir tahun, beliau mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Aku bersyukur dan bangga dengan pencapaian Miza kerana bukan mudah kaum Melayu boleh mengatasi kaum Cina di sekolah tersebut. Miza juga mendapat hadiah sukan berupa dua buah piala.



Dan bagi Alim, walaupun mendapat tempat keempat di dalam kelas, masih boleh menerima hadiah kerana hadiah yang disediakan Tadika JAIM sehingga tempat kelima. Alim ni pada pandangan aku anak yang cerdik tetapi kurang berusaha dan agak bersahaja. Mungkin belum masanya lagi untuk dia difokuskan dengan segala perkara secara serius. Pada Majlis Penyampaian Hadiah ini juga, Alim turut mengadakan persembahan secara berkumpulan bersama rakan-rakannya. Pada tahun hadapan, Alim mungkin tiada di sekolah ini lagi...



Selasa, Julai 07, 2009

Masih Ada Lagi Hari Bapa?

Khamis, 2 Julai 2009 sewaktu pulang dari kerja, aku dikejutkan dengan panggilan dari anakku, Alim. "Ayah....selamat hari bapa", jerit Alim sambil memeluk dan mencium pipiku. Anak yang berumur 5 tahun ini seterusnya menyerahkan sekeping kad ucapan yang dibuat sendiri dan juga hadiah. Aku yang tercengang hairan memikirkan masih adakah lagi sambutan hari bapa walaupun ianya sepatutnya disambut Jun lalu.

"Alim, terima kasih.." aku mengucapkan kepadanya sambil memeluk dan mencium pipinya. Sambil membaca kad ucapan dan membuka hadiah di hadapannya, bermain di fikiranku betapa seorang anak yang berumur 5 tahun sudah punya perasaan sayang dan menghargai bapanya sendiri.

Rupanya aku dimaklumkan oleh Ida, isteriku yang baru pulang dari berkursus di INTAN Kluang, sudah tiga hari Alim menelefonnya untuk membelikan sesuatu untuk aku sebaik pulang dari berkursus.

Well, terima kasih aku ucapkan di atas kejutan ini dan ianya amat menggembirakan aku.