Isnin, Mei 24, 2010

Larian Baton Sukan Malaysia XIII

Ahad, 23 Mei 2010. Semalam diadakan acara Larian Baton Sukan Malaysia XIII (SUKMA) Peringkat DUN Bukit Baru, Melaka.

Arifah dan beberapa orang rakannya yang merupakan pengawas SJK (C) Keh Seng diminta melambai-lambaikan bendera kecil SUKMA semasa larian baton berlangsung. Pukul 10.00 pagi, murid-murid sudahpun beratur di tepi jalan besar dan bersiap-sedia untuk melambai-lambaikan bendera.

Pukul 11.35 pagi barulah pelari-pelari yang membawa baton sampai. Sekumpulan belia yang berbasikal (basikal tua) kemudian disusuli dengan pacuan empat roda yang membawa maskot SUKMA iaitu Tuah sambil kedengaran lagu SUKMA dimainkan. Murid-murid masih melambaikan bendera tanda semangat....

Kepada Arifah, ini satu pengalaman...bukan selalu!!!

















Sambutan Hari Lahir

Sabtu, 22 Mei 2010 merupakan hari jadi aku. Seawal pagi aku menerima ucapan daripada Ida, Arif, Miza dan Alim. Cuma Ifa memberikan ucapan melalui Facebook. Rozanah, adik aku juga menghantar ucapan melalu SMS. Yati juga melalui Facebook. Terharu juga..

Dalam usia sebegini tiada apa yang aku harapkan selain memohon kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan agar dapat aku meneruskan kehidupan demi orang-orang yang tersayang yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan ahli keluargaku...

Tiada sambutan besar-besaran. Hanya sekadar celebrate di sebuah restoran makanan segera. Yang penting anak-anak happy...



















Kursus Kepimpinan Pengawas

Pada 24 dan 25 April 2010, Arifah menghadiri Kursus Kepimpinan Pengawas Tahun 2010 bagi Sekolah-sekolah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kursus selama dua hari ini dihadiri oleh pelajar-pelajar khususnya pengawas sekolah agama dan diadakan di Hutan Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Arifah dan beberapa orang rakannya mewakili SRA JAIM Jalan Datuk Palembang, Melaka.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan sahsiah pelajar di samping meningkatkan kreativiti pelajar. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah, bina insan dan lain-lain lagi.

Semoga Arifah menjadi seorang yang tahan dari segi fizikal dan mental hendaknya...
























Kreatif...


Ini orang lumpur ye?


Berjogging ker?

Isnin, Mei 17, 2010

Sinar FM Radio No 1 Malaysia!

14 Mei 2010. Sedang memandu, tiba-tiba aku terdengar satu pengumuman iaitu radio Sinar FM, saluran favourite aku kini menduduki ranking pertama bagi saluran Bahasa Melayu. Pengumuman itu disampaikan oleh Rostam atau Pak Tam, Pengurus Program Sinar FM.

Tahniah diucapkan kepada radio Sinar FM kerana menjadi radio nombor satu pilihan rakyat Malaysia untuk survey yang dibuat kali ini berdasarkan pada jumlah rating pendengar.

Nampaknya, strategi Sinar FM yang memutarkan lagu retro terbaik sepanjang zaman sudah terbukti disukai masyarakat apatah lagi diiringi dengan keletah penyampai pagi Sinar FM yang kelakar dan mencuit hati seperti Khairil, Salleh Yaakob dan Raja Azura.

Sinar FM sudah dijangka boleh mencapai kejayaan sebegini selepas melihat keputusan survey yang diumumkan pada penghujung tahun lalu di mana Sinar FM masa tu, tiba-tiba saja melonjak naik dan berada di tangga ke-3.

Syabas diucapkan kepada seluruh team Sinar FM khususnya dari kalangan penyampainya termasuklah big bossnya, Rostam atau Pak Tam.


Senarai 10 radio pilihan rakyat Malaysia mengikut kedudukan.

1. Sinar FM
2. Era FM
3. Hot FM
4. THR FM (Gegar & Raaga)
5. MY FM
6. 988 FM
7. Hitz FM
8. Suria FM
9. Klasik Nasional
10. Muzik FM

China Pertahan Gelaran Juara Piala Thomas

Negara tembok besar China melebarkan penguasaan pada kejohanan Piala Thomas untuk kali kelapan dan keempat berturut-turut selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi final di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Indonesia gagal mencalar keegoan juara bertahan China apabila pemain nombor dua dunia, Lin Dan mempamerkan aksi pada kelas tersendiri dengan menewaskan Taufik Hidayat, 21-7, 21-14.

Lin Dan memberi mata pertama kepada China sekali gus meniup harapan kepada barisan pemain Piala Thomas negara itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Senayan, Indonesia, dua tahun lalu.

Menurut Taufik, Lin Dan bermain lebih bagus jika melihat kepada teknik permainan dan fizikal yang ditonjolkan pada kali ini.

Walaupun kecewa dengan kekalahan itu dan gagal menghadiahkan mata pertama untuk Indonesia, Taufik mengakui kalah dan menang adalah adat pertandingan.

"Saya cuba sedaya upaya untuk bangkit melakukan tentangan tetapi ternyata dia lawan yang sukar dijinakkan. Namun saya tidak meletakkan apa-apa alasan untuk kekalahanan ini," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan pemain perseorangan pertama tadi.

Mata kedua China diperoleh menerusi gandingan beregu pertama, Cai Yun/Fu Haifeng. Perlawanan yang memakan masa hampir sejam itu menyaksikan mereka berjaya menundukkan Markis Kido/Hendra Setiawan25-23, 16-21, 21-12.

Meskipun tewas, gandingan mantap dari Indonesia itu memaksa Cai Yun/FuHaifeng bermandi peluh apabila mengheret perlawanan ke set penentuanselepas bangkit di set kedua.

Semangat juang pasangan dari Indonesia itu turut diakui Fu Haifeng yang menegaskan mereka terpaksa berjuang dari segi mental memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai gaya permainan hampir serupa.

"Mereka adalah cabaran utama kami dalam acara beregu kerana gaya permainan mereka begitu unik. Namun kami sudah bersedia bertemu mereka," katanya.

Keunggulan China diteruskan pemain nombor tiga dunia, Chen Jin yangmenghadiahkan mata kemenangan buat pasukannya selepas menundukkanSimon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.

Simon bangkit pada set kedua tetapi gagal menyekat kemaraan juara pada Kejohanan All England 2008 itu.

"Chen Jin lebih banyak bersabar pada set ketiga. Dia sentiasa memberi tekanan kepada saya. Saya tidak sedikit pun tertekan tetapi hanya memikirkan cara untuk memberi mata pertama kepada pasukan," katanya.

Pertemuan hari ini menyaksikan China bertemu Indonesia di final PialaThomas sebanyak lima kali.







Korea Ranap Impian China Pertahan Trofi

Korea Selatan mencatat sejarah apabila menjulang trofi Piala Uber buat pertama kalinya selepas menewaskan China, 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan penantian mereka yang pernah bertemu dengan China dalam enam perlawanan akhir terdahulu.

Pemain perseorangan Korea yang menduduki ranking ke-16 dunia, Bae Seung Hae mencatat kemenangan mengejut ke atas pemain nombor satu dunia dari China, Wang Yihan 23-21, 21-11.

Turut meniup kejayaan Korea adalah pasangan beregu pertama, Lee Jung Hyo/Kim Min Jung yang mempamerkan permainan bertenaga sehingga memaksa gandingan mantap Ma Jin/Wang Xiaoli melakukan banyak kesilapan.

Walaupun tewas pada set pertama, mereka berjaya bangkit pada set kedua sebelum mengheret perlawanan ke set penentuan. Pasangan dari Korea itu menang 18-21, 21-12, 21-15.

Di saat Korea mengharapkan mata ketiga untuk dinobatkan selaku juara lebih awal, pemain perseorang kedua Korea, Sung Ji Hyun tewas kepada Wang Xin dari China 14-21, 21-16, 17-21.

Wang, pemain nombor satu dunia itu berjaya menghadiahkan mata pertama untuk China.

Pasangan beregu kedua, Lee Kyung Won/Ha Jung Eun diangkat sebagai wirawati apabila memberi mata kemenangan 3-1 kepada Korea.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana mendebarkan bagi kedua-dua pasukan itu mereka berjaya menjinakkan pasangan China, Du Jing/Yu Yang 21-19, 14-21, 21-9 selepas berhempas pulas selama satu jam dan 18 minit.