Kemenangan itu sekali gus menamatkan penantian mereka yang pernah bertemu dengan China dalam enam perlawanan akhir terdahulu.
Pemain perseorangan Korea yang menduduki ranking ke-16 dunia, Bae Seung Hae mencatat kemenangan mengejut ke atas pemain nombor satu dunia dari China, Wang Yihan 23-21, 21-11.
Turut meniup kejayaan Korea adalah pasangan beregu pertama, Lee Jung Hyo/Kim Min Jung yang mempamerkan permainan bertenaga sehingga memaksa gandingan mantap Ma Jin/Wang Xiaoli melakukan banyak kesilapan.
Walaupun tewas pada set pertama, mereka berjaya bangkit pada set kedua sebelum mengheret perlawanan ke set penentuan. Pasangan dari Korea itu menang 18-21, 21-12, 21-15.
Di saat Korea mengharapkan mata ketiga untuk dinobatkan selaku juara lebih awal, pemain perseorang kedua Korea, Sung Ji Hyun tewas kepada Wang Xin dari China 14-21, 21-16, 17-21.
Wang, pemain nombor satu dunia itu berjaya menghadiahkan mata pertama untuk China.
Pasangan beregu kedua, Lee Kyung Won/Ha Jung Eun diangkat sebagai wirawati apabila memberi mata kemenangan 3-1 kepada Korea.
Perlawanan yang berlangsung dalam suasana mendebarkan bagi kedua-dua pasukan itu mereka berjaya menjinakkan pasangan China, Du Jing/Yu Yang 21-19, 14-21, 21-9 selepas berhempas pulas selama satu jam dan 18 minit.







0 ulasan:
Catat Ulasan