Isnin, Mei 03, 2010

Jamuan Makan Di Rumah Amir

Ahad, 2 Mei 2010. Sebaik selesai pertandingan boling, semua ahli keluarga bergerak ke rumah Amir di Taman Gangsa. Tuan rumah berusaha menyediakan juadah untuk semua tetamu. Makan nasi beriani dan air oren. Ada juga ais krim untuk kanak-kanak.

Sementara menunggu ayahanda Hj. Ayup sampai, kami berbual-bual. Hj. Ayup atau panggilan mesra Babah di kalangan anak-anak lewat sedikit kerana menghadiri jemputan kahwin.

Jamuan dibuat secara bufet atau layan diri. Riuh-rendah suasana di dalam rumah masing-masing saling usik-mengusik dan bergurau senda. Masing-masing tidak kering gusi dengan lawak-lawak jenaka sesama mereka.

Pukul 2.15 petang, majlis penyampaian hadiah dijalankan. Babah dijemput dan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Cucu-cucu Babah semuanya mendapat bungkusan gula-gula. Setiap ahli keluarga pula mendapat sapu tangan yang disulam oleh Saaudah, anak kepada adik aku, Aziah.

Hadiah pelajaran diberikan berdasarkan bilangan A yang diperolehi semasa peperiksaan. Bagi peperiksaan UPSR, Arif mendapat RM50.00, Azri juga mendapat RM50.00, Asyraf pula menerima RM20.00 manakala Azfar mendapat RM10.00.

Amirah mendapat sumbangan sebanyak RM80.00 kerana kejayaannya dalam peperiksaan SPM manakala Hanim dan Saaudah menerima RM50.00 setiap seorang sebagai sumbangan kerana berjaya menamatkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Untuk semua tetamu, diadakan cabutan bertuah. Hanya dua hamper disediakan. Yang bertuah pada hari itu ialah keluarga aku dan keluarga Aziah. Jadilah...seorang wakil Melaka dan seorang wakil Kuala Lumpur.

Bagi juara pertandingan boling, Zamry dan Shahmizah menerima medal, hamper dan piala pusingan. Tempat kedua, Fazana dan Azri menerima medal dan hamper dan tempat ketiga, Amir dan Azfar juga menerima medal dan juga hamper.

selepas tu kami mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan. Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami bertolak balik ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada pihak tuan rumah yang berusaha menyediakan juadah untuk semua ahli keluarga Hj. Ayup.

walaupun penat, kami sekeluarga rasa berbaloi...memang tidak dapat dinafikan lagi aktiviti sebegini memang dapat meningkatkan kemesraan di kalangan ahli keluarga...













































Majlis Persandingan Anak YB ADUN Durian Tunggal

Ahad, 2 Mei 2010. Petang tadi dalam kesibukan menghadiri aktiviti keluarga Hj. Ayup, aku, Ida dan anak-anak sempat ke majlis persandingan anak YB Datuk Hj. Ab. Wahab Hj. Ab. Latip, ADUN Durian Tunggal merangkap Pengerusi PERPUSTAM.

Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Pangkalan, Alor Gajah. Kami tiba ke majlis tersebut jam 2.00 petang. Suriati, rakan sekerja Ida secara kebetulan tiba pada waktu yang sama. Kawasan sekolah ini agak luas dan sesuai untuk menampung bilangan jemputan yang ramai. Kami meletakkan kereta di padang sekolah.

Semasa kami sampai, bunyi kompang bergema di dalam dewan menandakan kedua pasangan pengantin berada di dalam dewan tersebut. Sebaik menghampiri khemah, aku bersalaman dengan YB Datuk. YB Datuk memang kenal aku tambahan Ida selalu berurusan dengan beliau. Kami dijemput menjamu selera.

Aku mendapat tahu kedua-dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan belajar di Jepun. Kedua-dua pasangan pengantin kemudian menjamu selera bersama Tun Khalil, TYT Yang Dipertua Negeri Melaka.

Pukul 2.30 petang, aku sempat bersalaman dengan YB Datuk sambil mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk pulang. Dari apa yang aku tahu, YB Datuk seorang yang mesra rakyat serta bersikap merendah diri.












Ayup Family Bowling Tournament

Seperti yang dirancangkan, Ayup Family Bowling Tournament akhirnya diadakan pada hari Ahad, 2 Mei 2010 di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh. Pertandingan bermula pada jam 10.00 pagi. Tujuan pertandingan ialah untuk mengeratkan perhubungan antara sesama ahli keluarga Hj. Ayup di samping mengisi masa terluang.

Sejumlah 12 pasangan berentap untuk menjuarai pertandingan ini. Pasangan-pasangan ini merupakan gandingan emak dan anak, ayah dan anak, adik-beradik dan juga suami isteri. Para penyokong terdiri daripada anak-anak dan juga suami atau isteri masing-masing.

Kesemua pasangan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini. Ada yang mendapat strikes dan ada juga yang acapkali bola boling yang dibalingnya menuju ke 'longkang'. Setiap pasangan akan bermain sebanyak dua frames dan jumlah markah akan dicampurkan untuk menentukan juaranya. Pukul 1.20 petang, pertandingan tamat. Keputusan adalah seperti berikut:

Juara: Shahmizah/Zamry (481 markah)
Naib Juara: Azri/Fazana (436 markah)
Ketiga: Amir/Azfar (430 markah)

Lain-lain keputusan:

Norhayati/Ridhuan (417 markah)
Asyraf/Saufi (378 markah)
Amirah/Rozana (340 markah)
Azlan/Suhaina (312 markah)
Arif/Azman (298 markah)
Hanim/Ikram (272 markah)
Arifah/Rafidah (271 markah)
Manan/Sayuti (267 markah)
Aziah/Md. Nor (235 markah)