Memaparkan catatan dengan label sarung cincin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarung cincin. Papar semua catatan

Isnin, Mei 03, 2010

Upacara Menyarung Cincin Pertunangan

Upacara menyarung cincin pertunangan oleh ibu Ridhwan ke jari manis Norhayati dirakamkan pada jam 5.20 petang, 1 Mei 2010 di sebuah bilik yang dikhaskan di bahagian tengah rumah bentuk Melaka ini.

Sebentuk cincin emas dikeluarkan daripada kotaknya oleh bakal mertuanya lalu disarungkan ke jari beliau dengan disaksikan oleh kaum keluarga terdekat dan rakan-rakan sambil merakamkan detik manis tersebut menerusi kamera masing-masing. Detik manis ini berlangsung dalam tempoh kira-kira 2 minit.





Isnin, November 30, 2009

Acara Membatal Air Sembahyang

Sebelum tetamu diraikan, satu majlis ringkas diadakan di ruang tamu rumah pengantin perempuan. Majlis yang diadakan pada jam 10.00 malam ini dikenali sebagai acara membatal air sembahyang di mana pengantin lelaki menyarungkan apa-apa perhiasan ke tubuh pengantin perempuan.

Bagi Hazwan, beliau memilih untuk mengikat seutas gelang di tangan Syikim. Kemudian sesi bergambar diadakan di antara kedua pengantin. Akhirnya, keduanya mengiringi tetamu untuk menjamu selera di khemah yang disediakan di laman rumah pengantin perempuan.