Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

Isnin, September 13, 2010

Long Chan Dan Transformasinya

Bagi penduduk Melaka, minuman ringan yang paling popular di musim raya ni ialah jenama Long Chan. Mungkin ramai yang tidak mengenali minuman berkarbornat ini dan jenama ini tidaklah sepopular jenama Coca-cola, Pepsi, Sprite dan lain-lain lagi.

Minuman ini didatangkan dalam beberapa perasa antaranya sarsi atau sarsaparilla, oren, ais krim soda dan perasa buah-buahan. Uniknya minuman 'old skool' ini dikilangkan dalam botol kaca dan nilai estetika botol kaca ini tiada gantinya. Kebiasaannya, memang ada pengedar-pengedar minuman ringan akan datang ke kampung-kampung untuk menawarkan minuman Long Chan dalam tong kayu. Yang menariknya airnya kurang berkarbonat berbanding lain-lain minuman di pasaran kini.

Mengimbau kembali penubuhan Long Chan Bros. aerated water Co. Ltd di Melaka pada tahun 1910, bukan sahaja minuman dan botolnya menjadi tarikan malah ia juga menghasilkan gelas berjenama Long Chan. Syarikat minuman ini kini Long Chan Trading & Co. suatu masa dulu pernah beroperasi di Pangkalan Rama, berhadapan Masjid Pangkalan Rama, kemudian berpindah ke Kawasan Perindustrian Sungai Petai, Alor Gajah dan dua tahun lalu berpindah di Zarina Industrial Park, Rembia.

Transformasi botol turut berlaku di mana kini minuman Long Chan sudah boleh didapati dalam botol plastik selain botol kaca. Kandungannya airnya dalam botol berukuran 1.25 ml dan 500 ml. Walau bagaimanapun minuman dalam botol kaca masih ada dan berkemungkinan beransur-ansur lenyap ditelan zaman.

Begitulah nostalgianya minuman ini. Di kampung, kalau tiada air Long Chan, macam tak sah raya.....