Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceramah. Papar semua catatan

Khamis, Julai 08, 2010

Menyampaikan Ceramah Perpustakaan

Rabu, 7 Julai 2010 yang lalu aku telah diminta oleh Ketua Pustakawan untuk mewakili beliau bagi menyampaikan ceramah bertajuk 'Tadbir Urus Perpustakaan'.

Ceramah ini sempena Program UTeM Terbilang 2010 (Orientasi, Aku Janji Staf Baru & Induksi Khusus) Siri 2/2010 yang diadakan di Auditorium Canselori, UTeM. Beberapa jabatan di UTeM disediakan slot untuk ceramah bagi menjayakan program tersebut.

Seramai 80 orang staf baru terlibat dengan program ini. Slot ceramah mengenai perpustakaan disediakan bagi memberi penerangan mengenai pengurusan perpustakaan dan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan kepada staf-staf baru yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran.

Arman Mohamad, Pustakawan Kanan yang juga rakan sekerja aku turut serta di dalam ceramah tersebut.

Ceramah yang bermula pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.



Khamis, Mei 27, 2010

Ceramah Pengurusan Stres Menurut Islam

Semalam aku menghadiri satu ceramah anjuran Pusat Islam UTeM bertajuk 'Menangani Stres Menurut Perspektif Islam'. Ceramah disampaikan oleh Puan Hajah Rusni bt. A. Ghani dari Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertempat di Auditorium Canselori, UTeM.

Ceramah bermula pada jam 3.30 petang, dihadiri kira-kira 50 orang staf dari pelbagai jabatan di UTeM. Menurut penceramah, stres wujud seiring dengan fitrah kejadian manusia dan ia boleh membantutkan perjalanan hidup manusia. Oleh itu, stres perlu dialihkan ke tepi. Stres berlaku disebabkan orang yang menghadapinya bermasalah serta tidak tahu bagaimana menguruskan masalah tersebut.

Menurut beliau lagi, di dalam Islam, stres boleh ditangani melalui beberapa kaedah seperti meningkatkan keimanan, membuat meditasi dan relaksasi, berzikir, berimajinasi serta yang terbaik ialah bersolat.

Ceramah ringkas ini selesai pada jam 5.00 petang. Di antara staf perpustakaan yang turut hadir dalam ceramah ini ialah Hasliza, Zulkarnaen, Mi Azian, Norziyana, Suhaizri dan Mohd Nazir. Semoga ianya menjadi panduan berguna kepada semua peserta dalam menangani stres.