Memaparkan catatan dengan label SRAJDP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SRAJDP. Papar semua catatan

Khamis, Disember 03, 2009

Lawatan Sekolah SRAJDP Ke Kuala Lumpur

Hari Selasa, 1 Disember 2009. Pagi ini aku keluar ke tempat kerja agak awal. Bukan apa, dua hari lepas, aku menerima panggilan telefon daripada ustazah SRA Jalan Datuk Palembang memaklumkan tentang lawatan sekolah ke beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur.

Sewaktu aku menghantar Ifa ke sekolah, ramai lagi rakan-rakan sekolahnya sudahpun berkumpul berhampiran pondok jaga. Masing-masing ceria. Maklumlah cuti sekolahpun sudah memasuki minggu ketiga dan barangkali banyak cerita yang ingin mereka kongsikan. Aku sempat menghulurkan kamera kepada Ifa meminta dia merakamkan gambar-gambar semasa di sana.

Petang itu, jam 7.30 malam, rombongan ini pulang. Banyak yang Ifa kongsikan cerita semasa lawatan. Antara yang aku dengar ialah Masjid Negara dan Aquaria. Inilah antara gambar foto yang dirakamkan Ifa sendiri.



















Sabtu, November 01, 2008

Arifah Mewakili SRA Jalan Datuk Palembang















Para peserta beratur untuk menunggu giliran masing-masing.















Nur Arifah sedang menghafaz surah yang ditetapkan iaitu Surah Al-Baqarah.




















Sempat bergambar sebelum menerima cenderamata.
















Menerima cenderamata daripada pegawai JAIM.

Nur Arifah Adlina mewakili SRA Jalan Datuk Palembang ke Majlis Ilmiah anjuran JAIM di SRA Ayer Keroh pada 2 Ogos 2008. Beliau bertanding acara hafazan.