Memaparkan catatan dengan label Labuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Labuan. Papar semua catatan

Ahad, Disember 07, 2008

Bertolak Pulang Ke KLIA















Menunggu kenderaan di LCCT

29 November 2008. Hari ini merupakan hari terakhir percutian kami di Labuan. Selepas bersarapan pagi, kami ke bandar Labuan. Kami ke Bazaar Labuan untuk membeli souvenir untuk rakan-rakan kerja. Di samping itu, aku dan Arif membeli sehelai kemeja T berjenama Adidas di salah sebuah kedai sukan di bandar ni. Baju sukan Arif dihadiahkan oleh Roziah kerana mendapat 5A dalam UPSR.

Pukul 12.00 tengah hari, kami singgah ke kedai kereta HMD Automobile lagi. Kali ini Roziah sudah bertekad untuk menempah kereta Toyota Wish yang akan digunakan untuk ke tempat kerja.

Pukul 5.00 petang, selepas Asar, aku melayan anak-anakku berenang di kolam renang di bawah kondominium. Selepas sejam, kami naik semula dan mula bersiap-siap untuk ke Lapangan Terbang. Pukul 7.00 malam, kami ke Lapanganterbang untuk check-in. Sebelum memasuki bilik menunggu, aku bersalaman dengan Yunus. Sarah nampaknya begitu sedih kerana tetamu yang datang akan pulang. Setelah beberapa hari rumahnya hiruk-pikuk, kini rumahnya kembali sunyi.

Kami semua melambaikan tangan kepada Yunus, Sarah dan anak-anaknya. Pukul 8.40 malam, kami semua sudahpun berada di dalam pesawat. Pesawat Air Asia AK5179 bergerak perlahan-lahan meninggalkan terminal untuk ke LCCT. Aku melihat dari tingkap pesawat, Labuan semakin sayup ditinggalkan.

Akhirnya kami sampai di LCCT pada jam 10.40 malam. Dari LCCT ke Putra Height, kami dijemput oleh Sharif dan Hazwan.

Kenangan bercuti di Labuan dan Brunei memang tidak dapat dilupakan. Walaupun ianya singkat tetapi amat bermakna kepada diri dan keluargaku.















Ida mencuba rantai tangan yang diperbuat daripada kristal.















Antara kraftangan yang dijual di Bazar Labuan















Kraftangan yang diperbuat daripada karang laut seperti siput menjadi hiasan kedai.















Arif dan Haris di gerai kraftangan.















Bersiar-siar di bandar Labuan















Masih mencari-cari sesuatu untuk dibawa pulang nanti.

Berangkat Pulang Ke Labuan















Bergambar sekeluarga di Terminal Feri Serasa, Muara.















Bandar Seri Begawan















Menaiki feri ke Labuan

Hari ini 28 November 2008, merupakan hari terakhir kami di Brunei Darussalam. Selepas mengisi pakaian ke dalam beg, kami check-out dari Goodview Hotel pukul 10.00 pagi selepas bersarapan pagi.

Dari Jerudong, kami ke Bandar Seri Begawan semula untuk membeli-belah sebelum pulang. Pukul 12.00 tengah hari, kami bergerak ke Terminal Feri di Serasa, Muara. Kami harus sampai sebelum jam 1.30 tengah hari kerana tiket untuk ke Labuan telah dibeli.

Hampir pukul 1.00 tengah hari, kami sudahpun berada di terminal. Sementara menunggu untuk masuk ke dermaga, kami sempat bergambar. Kami kemudian melalui pemeriksaan imigresen Brunei dan akhirnya ke dermaga. Pukul 1.30 tengah hari, feri yang kami naiki mula bergerak meninggalkan Terminal Feri Serasa di Muara. Selepas 45 minit perjalanan, kami sampai di Terminal Feri di Labuan.

Selepas melepasi pemeriksaan imigresen Malaysia, kami terus pulang ke kondominium Alpha di Financial Park. Aktiviti kami sebelah petang ialah berehat dan berenang manakala sebelah malam pula aku menemani Farok, Arif dan Haris bermain bowling dan akhirnya kami singgah makan di sebuah kedai makan tidak jauh daripada Lapanganterbang Labuan.















Pemandangan di sebatang jalan di Bandar Seri Begawan.















Terminal Feri di Serasa, Muara.















Miza dan Alim bergambar di Jeti Labuan sebaik keluar dari feri.















Menunggu untuk berlepas di Serasa.















Beratur menaiki feri ke Labuan.















Berlepas dari terminal. Selamat tinggal Brunei Darussalam.















Sempat bergambar lagi...



















Ifa bergambar dengan Miza dan Alim di Serasa.



















Aku dan Ida.















Ida, Miza, Ifa dan aku.



















Miza dan Ifa memberikan pose istimewa.



















Miza dan Alim bergambar bersama.



















Ida dan Arif berposing semasa di terminal.















Terminal Feri di Serasa, Muara.

Hari Kedua Di Brunei Darussalam















Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Hari ini 27 November 2008 merupakan hari kedua kami di Brunei Darussalam. Selepas solat Subuh, aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar hotel. Kemudian aku singgah di lobi hotel untuk membaca akhbar.

Pukul 9.00 pagi, selepas bersarapan, kami menaiki dua kenderaan untuk pergi bersiar-siar. Sebuah Nissan Sunny, kalau di Malaysia rupanya seperti Nissan Sentra dan sebuah lagi Suzuki Panther, macam Toyota Unser.

Kami mengambil keputusan ke Terminal Feri Serasa di Muara bagi membeli tiket feri untuk pulang keesokan harinya, kemudian kami ke Bandar Seri Begawan. Bandar raya ini tidaklah sesibuk bandar raya lain di Malaysia. Kenderaan yang digunakan juga kebanyakannya kenderaan berjenama luar yang diimport. Sejurus memasuki Bandar Seri Begawan, aku tertarik dengan papan iklan dan juga nama-nama kedai di Brunei ini. Kebanyakannya masih mengekalkan tulisan jawi.

Pukul 10.45 pagi, kami ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei (Royal Regalia Museum). Di sini pelbagai pameran gambar dan replika serta alat kebesaran diraja Brunei dipamerkan. Ianya bertujuan memaklumkan kepada pengunjung sejarah kesultanan Brunei, penubuhan negara Brunei, hadiah-hadiah yang diterima Sultan Brunei semasa berkunjung ke luar negara semasa menghadiri apa-apa acara rasmi kerajaan dan lain-lain lagi. Kami sempat bergambar di lobi bangunan ini. Hanya bahagian ini sahaja dibenarkan untuk bergambar manakala bahagian-bahagian lain adalah dilarang malah dilengkapi dengan kamera litar tertutup.

Pukul 12.15 tengah hari, kami ke Kompleks Yayasan untuk membeli-belah di samping menjamu selera. Kami mencari souvenir untuk dijadikan kenangan seperti kemeja T dan juga key-chain. Cari punya cari, akhirnya dapatlah juga kemeja T di Royal Selangor.

Pukul 5.00 petang, selepas solat Asar di Masjid Omar Ali Saifuddien, iaitu sebuah masjid berkubahkan emas, kami berangkat pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun agak lebat dan akhirnya perancangan kami untuk ke Jerudong Park malam ini terpaksa dibatalkan.

Selepas makan malam, kami berehat di hotel dan akhirnya jam 9.00 malam, ada yang sudah melelapkan mata.















Pemandangan awal pagi di sebatang jalan raya berhampiran hotel















Sebuah kereta berjenama Lexus yang terbabas ke dalam longkang berhampiran hotel.















Hotel Good View tempat kami menginap.















Bersarapan pagi di hotel.















Membeli-belah di Kompleks Yayasan.















Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei (Royal Regalia Museum).



















Miza dan Ifa di muzium.















Bergambar sekeluarga di Royal Regalia Museum















Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan















Masjid Omar Ali Saifuddien dirakam dari dalam sesudah solat Asar.















Bergambar beramai-ramai di Royal Regalia Museum















Muhammad Arif dan Danish















Alim bergambar di Kompleks Yayasan berlatarbelakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien.















Yunus bergambar sambil bersantai.















Salah sebuah gerai menjual souvenir di Brunei.

Bercuti Di Brunei Darussalam















Bergambar di atas feri.















Pemandangan dari atas feri.















Bergambar bersama Alim.















Ida bergambar dengan Alim.















Pemandangan Financial Park dari laut.















Bukan main asyik lagi Miza hisap susu...















Pemandangan kapal-kapal di pesisir pantai Labuan.















Danish, Lokman dan Arif menonton TV dalam feri.

Hari ini 26 November 2008. Memandangkan perjalanan kami ke Brunei Darussalam pada sebelah petang, kami ke Bandar Labuan sekali lagi bagi mengisi masa yang ada. Kebetulan hari Farok sampai dari LCCT pada jam 10.00 pagi untuk mengikuti kami ke Brunei. Kami ke HMD Automobile, kedai jualan kereta terpakai dan beberapa kedai menjual kereta seperti Toyota dan Honda untuk mengetahui harga-harga kereta di Labuan. Memang ianya agak berbeza, sedikit murah berbanding kereta baru. Dapatlah berangan sekejap jika dapat memandu kereta-kereta mewah.

Pukul 3.30 petang, setelah bersiap-siap, kami terus ke Terminal Feri. Yunus sekeluarga, Roziah sekeluarga, Nek Ikin dan Mak Munah serta aku sekeluarga, 17 orang semuanya. Kami harus masuk sebelum pukul 4.00 petang. Sesampai di terminal, kami melalui pemeriksaan imigresen bagi menunjukkan passport kerana kami akan keluar negara. Setelah semuanya selesai, kami masuk ke dalam feri. Feri mula bergerak jam 4.30 petang. Memang seronok sebab dah lama tidak menaiki feri. Kalau adapun aku naik feri ni masa pergi Langkawi, beberapa tahun lepas.

Untuk mendapatkan pemandangan yang menarik, aku ke geladak. Di sini, perlahan-lahan Pulau Labuan, kami tinggalkan. Financial Park merupakan antara bangunan atau mercu tanda yang tinggi di pulau ini yang dapat kami lihat dari laut. Aku melihat Ida dan Miza sudah mula termenung. Aku berbisik, ini mesti mabuk laut. Aku cuba menenangkan mereka walaupun sudah hampir ke penghujung, aku pun dah hampir mabuk.

Pukul 6.30 petang, kami sampai di Jeti Serasa, di Muara. Setelah melalui pemeriksaan imigresen Brunei, kami menunggu kenderaan yang ditempah sampai. Pukul 6.45 petang, sebuah van bersama pemandu warga Pakistan tiba, mengangkut kami ke hotel. Agak bersesak juga, dah macam pendatang tanpa izin. Rupanya ada miscommunication dengan agen kereta tersebut. Kami sampai ke Hotel Goodview di Jerudong, lebih kurang pukul 7.00 malam. Aku dimaklumkan, setiausaha kepada Yunus tersilap memaklumkan masa kami sampai dengan masa kenderaan dihantar kepada agen tersebut.

Setelah masuk ke bilik, kami berehat sebentar sebelum makan malam. Selepas makan malam, pada jam 9.00 malam, kami bersiar-siar di Jerudong Park. Taman tema ini tutup jam 12.00 malam. Jadi, kami semua mengisi masa dengan membawa anak-anak untuk berhibur di taman tema ini. Berbagai permainan ada disediakan.

Pukul 11.30 malam, kami balik ke bilik. Oleh kerana agak keletihan, kami tidur awal.















Jerudong Park di waktu malam.















Bumper car merupakan antara permainan menarik yang disediakan di Jerudong Park















Pirate ship juga menarik perhatian kanak-kanak.















Merry go round mengasyikkan kanak-kanak.















Ida bergambar di Jerudong Park.















Turut bergambar dari kiri Lokman, Arif dan Danish.















Antara permainan yang disediakan di Jerudong Park.















Pirate Ship juga menjadi pilihan kanak-kanak.















Sebahagian permainan kanak-kanak yang mengasyikkan.















Merry go round menjadi pilihan kanak-kanak.















Kereta ini juga sesuai untuk kanak-kanak.















Alim dan Miza sedang membidik senapang.















Permainan biasa juga disediakan.















Ifa posing di atas replika unta.















Ifa posing di atas replika unta.