Memaparkan catatan dengan label Hari Kualiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Kualiti. Papar semua catatan

Selasa, Mei 25, 2010

Gaya Penerima APC

Beginilah wajah-wajah gembira staf yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Barangkali bila berjalan macam di awang-awangan.

Pada majlis yang begitu bermakna ini, sudah pasti masing-masing akan mengenakan pakaian terbaik supaya foto mereka dapat dirakamkan dan dijadikan kenangan yang abadi sepanjang hayat mereka. Apapun tahniah sekali lagi....





Ragam Staf Perpustakaan Semasa Hari Kualiti

Beginilah gelagat sebahagian staf Perpustakaan UTeM semasa Hari Kualiti 2010 berlangsung di Dewan Besar UTeM pada 25 Mei 2010. Mereka ni pantang tengok kamera, mesti nak bergambar...apapun happy go lucky!!!









Lima Staf Perpustakaan Menerima APC

Pada tahun ini seramai lima orang staf Perpustakaan UTeM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Hari Kualiti 2010, Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang diadakan di Dewan Besar UTeM pada 25 Mei 2010.

Mereka ialah Arman Mohammad, Pustakawan Kanan, Zuraidah Amar, Penolong Pegawai Perpustakaan, Fatilah Ramly, Pembantu Tadbir (Kewangan), Nor Aini Md. Jali, Pembantu Perpustakaan dan Jumakyah Yacoob, Pembantu Perpustakaan.

Kelima-lima penerima APC ini menerima sijil dan lain-lain insentif daripada Naib Canselor UTeM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Yusoff Hassan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan universiti dan ketua-ketua jabatan.

Tahniah di atas kejayaan menerima APC buat kelima-lima staf ini...


Arman Mohammad, Pustakawan Kanan


Zuraidah Amar, Penolong Pegawai Perpustakaan


Fatilah Ramly, Pembantu Tadbir (Kewangan)


Nor Aini Md Jali (Pembantu Perpustakaan)


Jumakyah Yacoob, Pembantu Perpustakaan

Berikut adalah senarai Penerima APC dari Pejabat Perpustakaan UTeM sepanjang lapan tahun anugerah ini diadakan.

2003
Majlis Sambutan Hari Q KUTKM 2003 & Pelancaran Sistem ISO 9000
Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
7 Oktober 2003
1. Abu Hassan Shamsudin

2004
Majlis Hari Kualiti KUTKM 2004
Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
16 September 2004
1. Ahmad Abu Bakar
2. F. Haslinda Harun

2005
Majlis Hari Kualiti KUTKM 2005
Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
20 Disember 2005
1. Kharmizi Khamis
2. Zulkarnaen Mahat
3. Muhammed Rashid Mat Derus

2006
Majlis Hari Kualiti KUTKM 2006
Dewan Bistari, Ayer Keroh, Melaka
12 September 2006
1. Siti Roheizah Mohni
2. Zulkarnaen Mahat
3. Kamariah Kamis

2007
Majlis Hari Kualiti UTeM 2007
Dewan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka
25 Ogos 2007
1. Azman Hj. Ayup
2. Siti Saluwa Jamal
3. Rasida Abu Bakar

2008
Majlis Hari Kualiti UTeM 2008
Ballroom, MITC, Ayer Keroh, Melaka
13 Jun 2008
1. Mohd Nasir Hashim
2. Norhairol Khalid
3. Elfa Laily Ramly

2009
Majlis Hari Kualiti UTeM 2009
Ballroom, MITC, Ayer Keroh, Melaka
23 Jun 2009
1. Mahadir Che Ali
2. Mohd Efendi Rajali
3. Kharmizi Khamis
4. Muhammad Afiz Ahmad
5. Amir Hafizuddin Abu Bakar

2010
Majlis Hari Kualiti 2010
Dewan Besar UTeM, Durian Tunggal, Melaka
25 Mei 2010
1. Arman Mohammad
2. Zuraidah Amar
3. Fatilah Ramly
4. Nor Aini Md. Jali
5. Jumakyah Yacoob

Pegawai Kanan Turut Menerima APC


Seramai 3 orang pegawai kanan universiti menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UTeM pada tahun ini.

Mereka ialah Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi, Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Prof. Madya Shahdan bin Md. Lani, Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi.

Penulis mengenali pegawai-pegawai kanan ini dan mereka layak menerima anugerah ini berdasarkan komitmen dan kerja keras mereka terhadap universiti. Bagi penulis, mereka senang diminta pendapat dan boleh bekerjasama serta tidak sombong. Tahniah diucapkan di atas kejayaan ini....

Majlis Hari Kualiti UTeM 2010

Seramai 130 orang staf dari pelbagai gred jawatan menerima sijil perkhidmatan cemerlang pada Majlis Hari Kualiti 2010, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan di Dewan Besar UTeM pagi ini.

Majlis bermula pada jam 9.15 pagi sebaik ketibaan Naib Canselor UTeM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Yusoff Hassan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan universiti dan ketua-ketua jabatan. Majlis Hari Kualiti 2010 diadakan bertujuan untuk meraikan staf-staf yang terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009.

Lagu-lagu koir UTeM Terbilang, Perkhidmatan Awam dan Kualiti turut dinyanyikan oleh kumpulan koir universiti disusuli dengan bacaan doa.

Naib Canselor di dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah cemerlang. Kumpulan ini merupakan 10 peratus staf universiti yang cemerlang dan menjadi penyumbang utama kepada kecemerlangan universiti. Beliau berharap mereka yang cemerlang ini mejadi contoh yang baik di dalam jabatan masing-masing serta menjadi contoh dan motivasi kepada rakan-rakan lain. Naib Canselor juga berharap anugerah ini menjadi penggalak kepada penerima untuk terus meningkat dan mengulangi kejayaan di masa hadapan.

Menurut Naib Canselor, pada tahun lepas seramai 120 orang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Bilangan 130 orang penerima anugerah pada tahun ini dipecahkan kepada ketua pusat tanggungjawab seramai 3 orang (2.3%), staf akademik 51 orang (39.2%), staf bukan akademik(pengurusan & professional) 16 orang (12.3%) dan staf bukan akademik (kumpulan sokongan) 60 orang (46.2%). Penilaian SKT bagi tujuan anugerah ini dibuat terhadap 1628 orang staf UTeM.

Datuk Prof. Dr. Ahmad Yusoff Hassan berharap prestasi penerima anugerah akan terus meningkat mengesani UTeM di samping terus dapat merangsang persekitaran tempat kerja. Beliau berharap dengan kecemerlangan, ianya akan menjamin kesejahteraan di mana akan terus menghasilkan keupayaan staf universiti dari segi kemahiran, pengetahuan, sikap serta berdedikasi, mempunyai komitmen yang tinggi, berjiwa besar dan murni.

Naib Canselor di penghujung ucapannya mengingatkan semua staf bahawa kecemerlangan organisasi terletak pada aset iaitu modal insan. Bagi modal insan yang berilmu, berkemahiran yang bersesuaian, berfikiran strategik dan sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran, mereka adalah lebih strategik iaitu mencapai tahap luar biasa.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi setelah kesemua 130 orang penerima anugerah khidmat cemerlang menerima sijil masing-masing dan bergambar bersama Naib Canselor.