Memaparkan catatan dengan label Genting Highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Genting Highland. Papar semua catatan

Rabu, Jun 10, 2009

Genting Highland 2

Pukul 8.00 pagi, 7 Jun 2009, aku melihat anak-anak masih lagi di atas katil. Alim masih lagi keletihan dan enggan bangun. Arifah dan Miza mengikut Farok dan Roziah sarapan pagi. Aku mengambil keputusan bersarapan di bilik sahaja dengan bekalan roti yang dibawa semalam.

Setelah bersiap-siap dan mengemaskan pakaian, kami terus check-out daripada hotel. Barang-barang yang kami bawa, kami masukkan ke dalam kereta. Kami terus mencari parking yang paling hampir dengan Theme Park. Hari ini kami mengambil keputusan untuk bermain di Taman Tema Luar sahaja.

Antara permainan yang kami cuba ialah Tea Cup, Astro Fighter, Flying Jumbo, Pirate Train, Boating, Antique Car, Cyclone, Rolling Thunder Mine Train, Bumper Boat, Rodeo Rider, Spinner, Double Deck Carousel dan akhirnya Flying Coaster.

Akhirnya kami pulang ke Kuala Lumpur jam 9.30 malam. Dalam perjalanan pulang, keadaan sesak berlaku di Karak. So, kereta kami bergerak perlahan-lahan. Kami sampai di USJ jam 11.45 malam.

Walaupun penat, sekurang-kurangnya masa bercuti dengan anak-anak telahpun terisi.
























Genting Highland 1

Cuti sekolah datang lagi..Cuti kali ni aku bercadang untuk membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur. Pada mulanya aku merancang untuk ke Sunway Lagoon tetapi di saat akhir, kami bertukar rancangan.

Jumaat, 5 Jun 2009, aku dengan Farok melayari website Genting Theme Park dan cuba menempah bilik di First World Hotel. Secara kebetulan ada kekosongan dan kami terus menempah 2 bilik. Theme Park Hotel bersebelahan First World Hotel pula penuh.

Hari Sabtu, 6 Jun 2009, jam 10.30 pagi setelah bersiap-siap, kami dua keluarga seramai 9 orang bertolak dari USJ ke Genting Highland. Sebaik melepasi Plaza Tol Karak, kami singgah untuk makan tengah hari di Hentian R&R. Kami juga membeli bekalan makanan untuk dibawa ke sana.
Kira-kira jam 2.30 petang, kami sampai di puncak Genting Highland. Perjalanan kami sungguh menyeronokkan. Sebaik sampai, masalah lain pula timbul. Nak cari parking pulak..Akhirnya dapatlah parking terbuka yang letaknya kira-kira 1 kilometer daripada First World Hotel.

Fenomena cuti sekolah, semuanya sesak. Di lobi, lif dan di mana-mana sahaja ada pelancong, sama ada dalam dan luar negara. Bukan sahaja sesak, harga makanan juga naik. Silap-silap darahpun boleh naik...

Pukul 4.00 petang, kami masuk ke bilik. Dari bilik tempat kami menginap, jelas pemandangan dari atas Theme Park, Taman Tema Dalam dan Luar. Aku mengambil kesempatan untuk berehat sambil berbaring di atas katil.

Kira-kira jam 5.15 petang, kami membeli tiket untuk masuk ke Taman Tema Dalam. Disebabkan semua pengunjung ingin merasai kenikmatan permainan yang disediakan, mereka perlu beratur. Banyak masa kami perlu beratur untuk mendapatkan giliran masing-masing. Kalau tidak kerana anak-anak, aku tidak fikir aku nak beratur panjang...

Tidak semua permainan dapat kami rasai. Beberapa permainan yang dicuba adalah Ferris Wheel, Reindeer Cruiser, Venice Gondola, Carousel, Junior Bumper Car, Euro Express dan Adult Bumper Car. Selepas makan malam, kami balik ke bilik hotel kira-kira jam 1.00 pagi untuk berehat dan melelapkan mata.