Makan malam yang disediakan pelbagai. Ada kari ayam, mee goreng, ikan, bubur nasi, bubur jagung, buah-buahan dan lain-lain lagi. Walaupun berbayar, ianya memudahkan kami kerana untuk menjamu selera di luar, kami perlu bergerak keluar ke Bandar Sungkai yang terletak kira-kira 20 km dari tempat menginap.
Selepas makan malam, kami berehat dan berbual-bual. Anak-anak asyik menonton tv dan kemudian bermain PS2 dan juga PSP. Masing-masing tentu seronok dapat bertukar suasana. Musim cuti sekolahlah katakan....
0 ulasan:
Catat Ulasan