Sewaktu ingin memberi makan kepada arnab-arnab ini, aku lihat Ifa terjerit-jerit kerana geli dengan binatang ini. Alim pula sampai menangis, meleleh air mata kerana takut dan Miza pula menjauhkan diri. Memandangkan Farhana, sepupu mereka begitu berani memberi makan kepada arnab-arnab ini, ketiga-tiga anak aku ini mula memberanikan diri.
Akhirnya mereka berjaya. Selepas melalui pengalaman pertama, mereka sudah berani untuk memberi makan arnab. Malangnya, arnab-arnab ini sudahpun kekenyangan dan memandang sahaja makanan yang diberikan. Walau apapun, aku puji keberanian anak-anak aku ini...
0 ulasan:
Catat Ulasan