Pukul 5.30 petang kami bertolak ke Putra Height dan sampai kira-kira jam 7.00 malam. Selepas berehat, akhirnya kami bertolak dengan dua buah kereta ke KLIA. Farok harus check-in sebelum jam 10.00 malam kerana penerbangannya dengan MAS ke Amsterdam dijangka pada jam 12.00 tengah malam. Sementara menunggu saat perpisahan, kami bergambar di sekitar bangunan lapangan terbang ini.
Setelah bersalam-salaman, akhirnya Farok meninggalkan kami semua dan juga isteri dan anak-anaknya. Farhana, anak sulongnya, kelihatan sedih manakala Farhan yang baru setahun umurnya semacam tidak kisah aje.
Akhirnya kami meninggalkan KLIA pada jam 12.30 pagi dengan doa dan harapan agar penerbangannya ke Amsterdam selamat sampai ke destinasi dituju.
0 ulasan:
Catat Ulasan