Pada majlis konvokesyen ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi manakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Komuniti.
Majlis anugerah tersebut disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Turut hadir Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

0 ulasan:
Catat Ulasan