Isnin, Disember 28, 2009

Majlis Ihtifal Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain

Ahad, 20 Disember 2009. Baru pagi semalam aku dimaklumkan ada Majlis Ihtifal Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain Kanak-kanak Masjid Al-Azim.

Majlis ini biasanya diadakan di penghujung sesi pengajian bertujuan untuk mempersembahkan kepada khalayak terutama ibu bapa hasil daripada kelas pengajian ini. Pelajar yang mendapat markah tertinggi hinggalah ketiga tertinggi terpilih untuk memperdengarkan bacaan tahfiz mereka.

Kali ini agak berbeza. Dulu majlis dibuat di Auditorium Al-Azim tetapi kini diadakan di Ruang Solat masjid dan bilik VIP. Berbanding tahun-tahun lalu, majlis kali ini habis awal. Mula jam 9.00 pagi dan tamat pukul 1.00 tengah hari.

Kali ini Ifa dan dua rakan sekelas terpilih untuk mewakili Kelas 5 Adam. Untuk tahap 5, hanya ada satu kelas sahaja. Beberapa surah pilihan di dalam Al-Quran diajukan oleh juri dan peserta diminta menghabiskan surah berkenaan mengikut kehendak juri.

Daripada empat surah yang ditanya juri, hanya satu surah yang tidak dapat dijawab Arifah. Mungkin panik. Tetapi surah-surah berikutnya, lancar.

Aku bersyukur kerana anak aku yang seorang ini dapat menghafal surah dengan lancar. Semoga Allah membuka hatinya untuk lebih mendalami surah-surah lain di dalam Al-Quran. Dan aku lebih bersyukur bilamana Arif juga bersama adiknya, Ifa akan naik Tahap 6 tahun depan.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkannya...



















Persiapan Persekolahan Anak-anak

Sabtu, 19 Disember 2009. Sementara ada masa lapang, kami sekeluarga sepakat mencari persiapan persekolahan anak-anak. Pukul 2.00 petang, kami menuju Jalan Bendahara untuk ke Syarikat Pakaian Bee Loon. Seperti yang telah diduga, penuh sesak kedai pakaian ini. Kedainya tidaklah besar tetapi jenama ini cukup terkenal di Negeri Melaka. Syarikat ini telah wujud hampir 45 tahun dan produknya hanyalah pakaian sekolah dan pakaian seragam persatuan sahaja. Jika dibandingkan kualiti pakaian seperti jenama Canggih atau apa sahaja ternyata kualiti pakaian di Bee Loon ini jauh lebih baik dan tahan lama. Hampir sejam di sini, dapatlah pakaian yang dihajati. Pakaian untuk Miza dan Arifah manakala Arif pula tiada saiz.

Pukul 4.30 petang, kami ke Nagoya Textile di Plaza Melaka Sentral. Hujan lebat ketika itu dan kami terpaksa menunggu di dalam kereta sementara Ida mencari kain yang bersesuaian untuk dibuat baju sekolah Arif.

Pukul 6.00 petang, kami ke Jaya Jusco di Lebuh Ayer Keroh untuk mencari beg sekolah Arifah. Miza setuju menggunakan beg sekolah Arifah sementara Arif menggunakan beg sekolah sedia ada. Petang tu kami sekeluarga makan malam di food court Jaya Jusco.

Sekurang-kurangnya persiapan persekolahan anak-anak sudah dibereskan sementara menunggu sesi persekolahan 2010 bermula.

Ahad, Disember 27, 2009

Kursus PTK di UTM Skudai

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini. Ini adalah kerana aku menghadiri Kursus PTK Gred 44/TK3 di UTM Skudai dari 14 hingga 23 Disember 2009. Aku ke sana dengan menumpang kereta rakan sekerja, Arman Mohammad.

Kami bergerak dari Melaka pukul 10.00 malam pada 13 Disember 2009 dan sampai ke Hotel Goodhope di Skudai pukul 2.00 pagi. Perjalanan kami agak relaks dan kami singgah di R&R Machap untuk berhenti rehat.

Esoknya, 14 Disember 2009, kursus berjalan seperti dirancangkan. Ramai peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari UTM, UMS, UMK, UTHM, UMK dan MPSJ. Dari UTeM, hanya 4 orang iaitu Rasida, Arman, Siti Norani dan aku. Kuliah disampaikan oleh beberapa orang pensyarah dan ketua jabatan berkaitan topik masing-masing. Sambil-sambil kuliah, dapatlah juga satu atau dua tips sebagai petunjuk untuk menjawab soalan pada penghujung kursus ini.

16 Disember 2009, selepas waktu kuliah, kami berangkat pulang ke Melaka kerana Arman mendapat berita ibunya dimasukkan ke Hospital Putra kerana masalah buah pinggang. Sebagai rakan, aku harus memahami. Keesokan paginya, aku bertolak ke UTM Skudai bersendirian kira-kira pukul 5.00 pagi untuk menghadiri kuliah. Dan sebelah petang, aku kembali semula ke Melaka kerana keesokan harinya cuti sempena sambutan Maal Hijrah.

Kursus PTK ini dari segi komposisi markahnya, 70% peperiksaan dan 30% tugasan yang merupakan pengucapan awam, pembentangan tugasan dan tugasan bertulis.

Malam 20 Disember 2009, aku dan Arman kembali ke hotel yang sama untuk meneruskan baki kursus. Kali ini menggunakan kenderaan aku. Tempoh 21 hingga 23 Disember 2009 pula ialah masa untuk pembentangan dan juga peperiksaan bertulis. Apabila tugasan selesai, aku dan rakan-rakan berasa lega. Sehari sebelum peperiksaan, selepas waktu bekerja, aku dan Arman mengisi masa yang ada ke Skudai Parade. Kami sempat menghabiskan tiga frame permainan bowling.

Keesokan harinya, selepas peperiksaan, kami pulang ke Melaka. Kami selamat sampai jam 5.00 petang. Dengan menghadiri kursus ini, kami mendapat banyak pengalaman. Selain pensyarah, rakan-rakan juga banyak membantu.

Aku berdoa semoga semua yang menghadiri kursus PTK ini mendapat kejayaan.
























Khamis, Disember 10, 2009

Corat-coret Semasa Lawatan

Jauh perjalanan luas pemandangan. Begitulah ungkapan yang sesuai jika kita dapat melihat negara orang. Di sebalik lawatan ini, ada cerita-cerita yang boleh dikongsi bersama...


Mereka yang keletihan menunggu tiba ke destinasi.


Bas menghampiri Plaza Tol Skudai.


Susur keluar ke Skudai.


Bas menghampiri Kampus UTM Skudai.


Ruang Santai PSZ, UTM Skudai.


Bilik Rujukan Eksekutif untuk pegawai kanan universiti.


Pelbagai kemudahan disediakan seperti minuman.


Turut disediakan meja untuk merujuk.


Minah ni tak habis-habis bergambar...dari kiri Norlian, Noraini dan Hasliza.



Sewaktu makan tengah hari di UTM.


Ceria aje mamat ni, apa yang dibualkan dengan Ustaz Azman, pengantin baru..






Macam profesor pelawat gayanya..


Lain macam renungan dan senyuman tu...





Menunggu di lobi hotel untuk mendapatkan kunci bilik.


Penulis bersama rakan-rakan lain sabar menunggu giliran.


Kesian, letih yer?


Mamat ni pulak suka dengan gambar penguin tu..agak-agak sama tak?


Pemandangan dari jendela hotel.


Makan malam di Johor Bahru.



Mengisi borang untuk masuk ke Republik Singapura.






Singgah di pengurup wang untuk membeli matawang Singapura.














































Menjamu selera dengan nasi beryani. Sepinggan nasi beriyani dengan minuman berharga SD6.50



Mak oi, nasi beriyani ni ayamnya seketul-seketul gitu!








Di Singapura, merokok dilarang di dalam premis sebaliknya di tepi jalan sahaja.


Pemandangan di dalam Masjid Sultan.







Pemandangan di sebuah lorong di Arab Street.



Pelbagai cenderamata dijual di Arab Street.



Singapore Flyer merupakan salah satu tarikan pengunjung ke pulau ini


Singapore Flyer atau ferris wheel sama seperti yang ada di Melaka.


Pemandangan di atas sebuah jambatan di Singapura


Pelbagai bentuk bangunan boleh didapati di pulau ini


Pembangunan Singapura semakin pesat


Kargo-kargo dari kapal disimpan secara bersusun di pelabuhan


Persimpangan jalan di Esplanade


The Merlion Park
























Penulis bergambar di Merlion Park


Singapore River Cruise di Marina Bay